buletin.gif (10737 bytes)

assalamulaikum1.gif (146034 bytes)

Buat tatapan teman-teman seperjuangan. Pertama sekalinya saya meminta maaf sekiranya apa yang telah saya lakarkan di halaman ini ada yang tidak anda senangi. Walau bagaimanapun saya memohon kerjasama dari teman-teman semua untuk menghidupkan laman ini supaya ia dapat menjadi penghubung antara kita yang entah dimana masing-masing berada. Saya berharap dengan adanya halaman ini dapat membantu menyatukan kita semula sebagai bekas warga SMA tercinta. Sekiranya teman-teman ingin menghulurkan sumbangan, tak kira dalam bentuk samada gambar, idea atau apa2 lagi yang mungkin, harap teman-teman dapat menghantar kepada saya di alamat exsmakj@hotmail.com ataupun jika teman-teman mempunyai alamat atau no. telefon saya, boleh terus berhubung dengan saya. Atau pun teman-teman mempunyai komen atau berita-berita yang ingin dikongsi bersama, hantar ler kepada saya di alamat diatas.

berita sedih

kengkawan sumer pernah terbaca berita sedih nie kat paper utusan tak, "5 SEKELUARGA NAHAS JALAN RAYA" pada 7 february 1999 di jalanraya sri lalang. rupanya berita sedih ini melibatkan anggota keluarga seorang rakan kita iaitu Norhasnita Selamat. Mereka yang terlibat itu adalah merupakan atuk, nenek, pakcik, makcik dan sepupunya kepadanya. so kita sedekahkanlah bebanyak AL-FATIHAH kepada rohnya semoga mereka digolongkan kedalam mereka yang beriman dan berbahagia di akhirat nanti. AL-FATIHAH..............

GEMPAR!!! GEMPAR!!!!!

apa yang gemparnya Pak Cik???????/ Oi, korang nak tau tak, sorang lagi member kita dah selamat............... Selamat ???????  Selamat kenapa Pak Cik???????????????                   Apa lagi, dah selamat meninggalkan zaman bujangnya. Tahniah kepada member kita yang sorang tu, setelah lama dia menghilangkan diri dan setelah penat Pak Cik mencarinya akhirnya jumpa gak. Tapi dia nie baru jer akad nikah. Majlis di rumah istrinya pada 31/1/99 dan dirumahnya pada 14/2/99. Walau bagaimanapun, majlis nie tidak dibuat secara besar-besaran kerana mereka berdua masih belajar lagi. So, kepada semua rerakan, kita ucapkanlah selamat hingga ke anak cucu kepada kawan kita yang sorang nie. Walau bagaimanapun, namanya taklehlah tulis kat sini, nanti satu Malaya tau... Sesapa yang nak tau siapa dia kawan kita tu..... apa lagi, sila antar mail kat Pak Cik, nanti pak cik bagitahu........ SELAMAT PANGANTIN BARU.................................. sesapa lagi yang rasa nak kawin tu, antar ler berita kat Pak Cik, takyah ler korang antar card bebanyak, jimat sket, kan sekarang nie gawatt......

 

GEMPAQ!! GEMPAQ!!

Berita gempaq untuk kengkawan sumer. Apa dier???? Salah sorang dari rakan seperjuangan kita telah menjadi recording artis. Alamak, glemor gitu. Sapa tuuuu?????????????? Beliau ialah Masrita Masbah yang telah menubuhkan satu kumpulan nasyid bersama kengkewannya dengan nama .....…Pak Cik lupa ler……....... Untuk keterangan lanjut, sila baca URTV edisi 15-29 Feb 1999.

 

PESANAN UNTUK SEMUAbaru.gif (10894 bytes)

assalamulaikum. pak Cik ingin menyampaikan pesanan dari seorang sahabat kita yang masih perihatin dan sayang terhadap kengkawan lamanya. beliau mempunyai rasa tanggungjawab untuk memberi nasihat sebagai seorang kawan kepada seorang kawan. Pesanannya kepada Pak Cik berbunyi begini................(salinan dari e-mail)

Gini...serius bunyinyer tu..kalau boleh kau tulih nasihat sikit kat hp kite tu especially kat kengkawan pompuan kita...bukan apa nyer...mentang-mentang lah dah keluar SMA masuk U pun ambik course bukan agama....ada yang dah lupa nak pakai tudung..yang pakai tudung singkat tu pun ramai...

Tak sedaplah bila terserempak member lama tengok-tengok macam kenal..tengok sekali lagi memang kenal pun..berubah langsung.!!!..tudung dah takde...baju ketat lak tu....inilah kenyataannya..harap ambik perhatian sikit..

.tak sedap lah kan jumpa macam tu...yang pompuan pun segan nak jumpa..apa lagi kita...aku nie bukanlah baik sangat..tapi ..yelahhh...dah belajar 5 tahun kat SMA takkanlah takde kesan lansung kat diri sendiri...

harap-harap sangat lah kau dapat tulih kat kite punye hp....moga-moga diorang sedar sikit...dah kira tanggungjawab kita la nie...nasihat-menasihati sesama beradik...bukan kita benci..tapi..paham-paham je lah...okeylah untuk kali ini...
terima kasih ler kita ucapkan kepada member kita sorang nie. kalau sumer warga SMA macam nie. aman dunia

PERINGATAN UNTUK KAUM ADAMbaru.gif (10894 bytes)

Pak cik dapat satu artikel, ntah sapa yang antar ntah. Tapi itu tak penting, yang penting ialah pesanan yang ingin disampaikan tu. Pesanan ini membuat Pak Cik sedar siapa diri Pak Cik. Pesanannya berbunyi begini:

SEDIKIT NASIHAT MENGENAI CARA-CARA MENDIDIK KAUM WANITA
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU
PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

begitulah bunyi pesana yang disampaikan kepada Pak Cik. Memang kita semua kaum adam inginkan seorang (atau 2, 3 kalau boleh 4) isteri yang solehah, tapi sebelum itu, kita kenalah tengok siapa diri kita. Oleh itu bersamalah kita berdoa semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang soleh & solehah.

GEMPAQ!! GEMPAQ!!baru.gif (10894 bytes)

Kengkawan masih ingat lagi tak berita yang Pak Cik tulis kat atas aritu (pasal kawan kita jadi artis). Kalau tak ingat, tengok balik kat atas. Beritanya gini, album tu dah kuar sekarang, So, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah pegi ke kedai˛ kaset yang berhampiran untuk mendapatkannya sebagai tanda sokongan kepada kawan kita tu. Dan pesanan untuk semua, belilah yang original, sokonglah industri nasyid tempatan.

Wassalam

 

-main-sejarah-kengkawan-sesama kita-buletin-

-sekolah-hyper link-guest book-exit-

hakcipta terpelihara LaNun Sdn. Bhd. design by LaNun WorLdŽ