Terlebih
dahulu kami ingin merakamkan kesyukuran yang tidak
terhingga kepada Allah S.W.T diatas Taufik, Hidayah dan
Inayah-Nya, maka laman web rasmi SMU(A) Maahad Muhammadi
Lilbanat dapat disiapkan. Dengan kehadiran laman web ini
diharap dapat memberi banyak faedah kepada semua pelajar
dan guru. Tujuan utama laman web ini diciptakan bukan
semata-mata untuk dijadikan kenangan tetapi sebagai
tempat bagi pelajar dan guru untuk menyalurkan buah
fikiran dan pendapat masing-masing. Selain itu, melalui
cara ini juga kita dapat mencungkil bakat-bakat yang
terpendam. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan
laman web ini samaada secara langsung atau tidak. Ucapan
jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Nik,
atas teguran dan nasihat yang diberikan selama ini.
Tidak lupa juga kepada semua Ahli Jawatankuasa yang
telah bertungkus-lumus bagi menyiapkan laman web ini.
Terima kasih atas kerjasama yang telah kalian berikan.
Akhir sekali, kami mewakili semua Ahli Jawatankuasa Unit
IT
SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanat
ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemahan pada
laman web ini. Kami dengan rela hati menerima segala
teguran dan pandangan baik bagi memanfaatkan lagi laman
web ini, Insya-Allah.
Teruskan Usaha Kamu Dalam Menegakkan Jalan Yang
Benar!
Menu 'Chat' di tambah. Anda bolehlah memasuki #smummp menerusi
web ini.
Berita TErkini MMP
Kemaskini pada :10 MAC 2003
RAHSIA DI SEBALIK JARI ANDA
"Pelbagai
hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di
sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan
perlahan-lahan jari anda Luruskan ia ke hadapan
dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan."
PERAWI DAN RIWAYAT DIKALANGAN ARAB
"BENARLAH kata Ibnu Qutaibah
bilamana dia berkata di dalam bukunya al-Kamal
fi Asma al-Rijal: Umat-umat lain tidak mempunyai
sandaran perkataan seperti sandaran mereka (umat
Arab). Sebenarnya ilmu riwayat (secara lisan)
merupakan ciri yg hanya terdapat di dalam Islam.
Tetapi, hanya sedikit daripada para orientalis
yg meletakkannya di tempat yg sebenar dan
memahaminya dengan betul."
Email
Email@smummp.zzn.com
Google
Kata-Kata
Hikmat
Hadis Pilihan
"Wahai anak kesayanganku, carilah
ilmu kerana apabila kamu menjadi orang fakir maka itulah
hartamu, akan tetapi kalau engkau kaya ilmu itu menjadi
perhiasan dirimu"
-- Luqman Al-Hakim
Saiz minima paparan skrin yang sesuai untuk homepage
ini ialah 800x600. Penggunaan pelayar web Microsoft
Internet Explorer v4 dan ke atas adalah di galakkan.
Hakcipta Terpelihara Oleh Unit IT SMU(A) Maahad Muhammadi
Lilbanat Sebarang penerbitan semula atau
sebagainya tanpa kebenaran adalah dilarang. Design by Die
(webmaster@smummp.zzn.com)