BADAN DAKWAH DAN TARBIAH ISLAM(BADATI)
 

Badan ini ditubuhkan bertujuan sebagai badan induk yang menyelaraskan kegiatan agama di sekolah ini yang mana kegiatannya bercorak agama.Kegiatan yang telah dijalankan antaranya ialah:
 

  * mengadakan usrah secara besar-besaran iaitu penyertaan terbuka kepada semua pelajar secara sukarela
  * menganjurkan ceramah yang berkaitan dengan peristiwa penting yang berlaku dalam tahun Hijrah
  * mengadakan program pengurusan jenazah bagi tingkatan enam atas dan tingkatan enam bawah
  *menganjurkan program Qiamullai bagi pelajar menengah atas dan menengah bawah
 

Program yang dilakukan ini adalah untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan akademik pelajar-pelajar dari segi kualiti atau kiantiti,mempertingkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar,merapatkan hubungan silaturrahim dan menambahkan kefahaman Islam yang sebenar serta memupuk kepimpinan dan kesedaran berdakwah di kalangan pelajar.
Objektif ini bersesuaianlah dengan moto badan ini iaitu :

  "PEMBENTUKAN INSAN MELALUI TARBIAH"

 


BADAN DISIPLIN
BADAN KAUNSELING
BADAN MAKTABAH
ASRAMA
BUKU TEKS