PERKHIDMATAN SEWAAN


Majlis Daerah Jasin ada menyediakan beberapa kemudahan untuk sewaan kepada orang ramai, pihak swasta dan agensi Kerajaan bagi semua bentuk upacara atau majlis sosial.

Cara Memohon

1. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang diberi percuma di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Jasin atau melalui surat yang dibuat oleh pemohon.

2. Borang/Surat permohonan hendaklah disampaikan ke Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Jasin satu (1) minggu sebelum tarikh penggunaan.

3. Kelulusan permohonan tertakluk kepada keadaan yang mengizinkan sahaja dan diberitahu melalui bil sewaan yang perlu dijelaskan sebelum tarikh penggunaan.

4. Majlis Daerah Jasin boleh membatalkan kelulusan mana-mana permohonan atas sebab-sebab yang penting dan tidak dapat dielakkan.

5. Majlis Daerah Jasin akan menyenaraihitam-kan pengguna/penyewa yang tidak mematuhi syarat-syarat penggunaan/ penyewaan yang ditetapkan.

SYARAT PENGGUNAAN/PENYEWAAN

1. Penyewa perlu menjelaskan Bil Sewaan dan Bil Cagaran, jika ada, sebelum tarikh penggunaan.

2. Dewan yang disewa hendaklah digunakan untuk tujuan dan pada tarikh/masa yang dinyatakan dalam surat/borang permohonan sahaja. Penggunaan oleh orang lain atau bagi tujuan lain atau pada tarikh/masa lain tidak dibenarkan.

3. Pengguna/Penyewa hendaklah menjaga keselamatan dan kebersihan tempat/ peralatan yang digunakan.

4. Tempat/Peralatan hendaklah didalam keadaan baik dan bersih selepas penggunaan, jika tidak maka Majlis Daerah Jasin berhak menarik kesemua atau sebahagian daripada Wang Cagaran.

5. Sebarang kerosakan, kekotoran, kehilangan atau sebagainya akan dipertanggungjawab- kan kepada penyewa. Kos pembaikan/pembersihan/penggantian dan lain-lain akan dituntut melalui Wang Cagaran jika ada atau Majlis akan menghantarkan bil kepada penyewa. Ianya hendaklah dibayar segera kepada Majlis Daerah Jasin.

6. Pengguna Dewan untuk jamuan tidak dibenarkan memasak atau membasuh di- sana. Cuma makanan sedia masak dan yang halal sahaja boleh dibawa ke dalam dewan.

7. Sebarang upacara keagamaan tidak boleh dibuat dalam dewan.

8. Pertunjukan atau perhimpunan perlu mendapat lesen/permit daripada Pejabat Daerah dan Polis.

9. Tambahan kos akan dikenakan bagi tambahan peralatan atau tambahan masa penggunaan.

10. Sewaan Tetap Dewan seperti untuk latihan badminton yang dibatalkan jadualnya oleh Majlis Daerah Jasin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan boleh diganti penggunaannya dengan lain-lain hari dalam bulan berkenaan atau bulan-bulan berikut-nya.

11. Pengeluaran cagaran akan dibuat setelah resitnya dikembalikan dan diperakukan oleh Majlis Daerah Jasin.

KADAR SEWAAN PERALATAN Majlis Daerah Jasin

(Berkuatkuasa mulai Januari 1999)


Nama Tempat/Alat				Kadar Sewaan Baru

Padang Bola					 RM12.50  satu penggunaan

Dewan

Bermain Badminton/Takraw dll.		         RM5.00 sejam

Mesyuarat:

(Tanpa Jamuan) 				         RM5.00 sejam
Jamuan/Perkahwinan/Pameran/Pertunjukan -         RM100.00 bagi 3 jam  pertama 
                                                 1 jam berikutnya @ RM20.00
                                                 + Cagaran RM200.00
Catitan:
Kadar sewa dinaikkan sekali  Ganda bagi dewan yang berhawa dingin.

Jengkaut:	   RM150.00 sehari 
                   (selama 8 jam waktu bekerja termasuk minyak 
	            dan Pemandu )

Lori Terbuka:	   RM150.00 sehari (8.00 pagi  hingga 5.00 petang)
	           RM15.00 sejam selepas 5.00 ptg.

Lori Sampah:	RM100.00 satu lori

Meja Jamuan:	RM2.00 sebuah

Kerusi:	Kerusi Plastik:	
	20 sen sebuah (dalam dewan MDJ)
	40 sen sebuah (luar dewan MDJ)

	Kerusi Velvet:
	50 sen sebuah (dalam dewan MDJ)
	70 sen sebuah (luar dewan MDJ)

	Settee:
	RM30.00 satu set

Kain-kain Perhiasan:
	Kain Bunga Raya:		RM3.00 sehelai
	Banting:			50 sen seikat
	Banner:			        RM1.00 sehelai

Pasu Bunga:

RM1.00 sepasu sehari dengan penghantaran;
50 sen sepasu sehari tanpa penghantaran;
RM10.00 upah menyusun bagi 100 pasu;
RM5.00 sepasu kadar minima bagi kerosakan/Kehilangan;
RM3.00 kadar sewa bulanan sepasu (sewaan yang berterusan).

Perutusan YDP| Selayang Pandang| Fungsi & Matlamat| Sistem Pentadbiran dan Pengurusan| Jabatan-jabatan|
Perkhidmatan dan Kemudahan| Perindustrian dan Pelancongan| Aktiviti Jabatan| Aduan|

Menu Utama