1.1.2 Bangunan jenis separuh kekal - bangunan yang diperbuat sebahagiannya daripada kayu dan sebahagiannya daripada bahan yang kekal lama.
1.1.3 Bangunan jenis kekal - bangunan yang keseluruhannya diperbuat daripada bahan yang tahan lama.
2.1 Pembinaan Sesuatu Bangunan Ditakrifkan Kepada 4 Bentuk Iaitu
Mendiri Baru/Semula/Membaiki/Menyambung/Mengalih Bangunan
2.1.1 Sebelas (11) set pelan bangunan hendaklah dikemukakan oleh Arkitek/Pelukis Pelan melalui Borang A mengikut UBBL 1984.
2.1.2 Tiga (3) salinan Perakuan Carian Rasmi.
2.1.3 Tiga (3) salinan resit cukai tanah untuk lot berkenaan bagi tahun semasa.
2.1.4 Tiga (3) salinan surat kebenaran tuan tanah yang disahkan oleh Penghulu/Sidang/Ketua Kampung.
2.1.5 Tiga (3) salinan surat kebenaran laluan keluar masuk yang disahkan oleh Penghulu/Sidang/Ketua Kampung.
2.2 Bagi bangunan sementara/separuh kekal yang di bawah 1,000 kaki persegi dikecualikan dari mengemukakan pelan bangunan dan pengesahan Arkitek/Pelukis Pelan memadailah dengan pelan tapak.
Ciri-ciri Pelan Tapak:
Jangkamasa Kelulusan: 1-2 bulan
(bergantung kepada ulasan-ulasan dari Jabatan-jabatan Teknikal.
2.3 Cara-cara mendapatkan kelulusan membaiki/menyambung/mengalihkan
bangunan:
2.3.1 Lima (5) set pelan tapak.
2.3.2 Dua (2) salinan Geran Tanah/Perakuan Carian Rasmi.
2.3.3 Dua (2) salinan Resit Cukai Tanah untuk lot berkenaan untuk
tahun semasa
Permohonan membaiki/menyambung/mengalihkan bangunan yang
melebihi 50% atau 1,000 kaki persegi dikehendaki mengemukakan
pelan bangunan.
Bayaran proses minima ialah RM 35.00.
Jangkamasa kelulusan: 3 minggu
2.4 Cara-cara mendapatkan kelulusan menyambung bangunan kawasan perumahan:
2.4.1 Lima (5) set pelan bangunan yang diperakui oleh Arkitek/Pelukis Pelan.
2.4.2 Dua (2) salinan Perakuan Hakmilik Bangunan
2.4.3 Dua (2) salinan Resit Cukai Taksiran bagi tahun semasa.
Perumahan Awam Perumahan Swasta Pelan Kunci RM 30.00 RM 35.00 Wang Cagaran Kebersihan RM 100.00 RM 200.00 Permit Pasir RM 72.00 RM 72.00 Perjanjian Sementara RM 30.00 Pelan Setara RM 20.00 Setem Hasil RM 6.00 Jumlah : RM 258.00 RM 307.00Jangkamasa Kelulusan: 3 bulan
2.5 Untuk cadangan projek perumahan:
2.5.1 Sebelas (11) set pelan bangunan hendaklah dikemukakan oleh Arkitek.
2.5.2 Tiga (3) salinan Geran Tanah/Perakuan Carian Rasmi.
2.5.3 Pelan Tatatur yang diluluskan oleh JPBD.
2.5.4 Dua (2) salinan pelan tetulang konkrit (pelan RC).
2.5.5 Hendaklah mengemukakan salinan resit bayaran premium tanah.
2.5.6 Lima (5) set pelan lanskap yang diwarnakan.
2.5.7 Mengemukakan cadangan pemasangan lampu jalan oleh Juru Perunding.
2.5.8 Empat (4) salinan pelan bangunan yang diwarnakan dihantar terus ke Jabatan Bomba.
2.5.9 Enam (6) salinan pelan kerja tanah berserta garisan kontur dikemukakan setelah diluluskan.
2.5.10 Enam (6) salinan pelan perparitan dan jalan serta kiraannya dikemukakan setelah diluluskan.
2.5.11 Borang A, B, C, D, E dan borang yang boleh diperolehi dari Majlis Daerah Jasin.
2.5.12 Semua pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah dibukukan (binding).
Jangkamasa kelulusan: 2-3 bulan
4. Tindakan Yang akan Diambil Sebelum Kelulusan
Denda akan dikenakan 20 kali ganda daripada wang proses pelan bangunan/tapak sekiranya pembinaan dibuat sebelum mendapat kelulusan daripada MDJ.
5. Tindakan Yang akan Diambil
Sebarang kesulitan sila hubungi:
Bahagian Kejuruteraan
Majlis Daerah Jasin,
77000 Jasin, Melaka.
Tel: 06-5291245