KAWASAN PERINDUSTRIAN DAN PROJEK PENGSWASTAAN

KAWASAN PERINDUSTRIAN SEDIA ADA

Kawasan Majlis Daerah Jasin mempunyai kawasan perindustrian berat seluas 164 hektar yang tertumpu di Mukim Merlimau/Sempang dan Jasin.

Mukim Merlimau mempunyai satu tapak perindustrian terancang iaitu Kawasan Industri Merlimau I, II dan III yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Di Mukim Jasin pula, pihak swasta berperanan membangunkan sebuah tapak perindustrian yang dikenali sebagai Jasin Industrial Park yang jaraknya hanya 2 kilometer dari Bandar Jasin.

Sebuah kawasan perindustrian makanan pula yang seluas 135 hektar telah dikenalpasti oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka di Mukim Serkam di mana ia masih lagi dalam peringkat pembangunan.

Disamping itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka juga bertanggungjawab menyediakan kawasan industri ringan dan sederhana seluas 31 hektar yang tertumpu di kawasan luar bandar seperti Industri Kecil & Sederhana (IKS):
1. Air Panas (6 hektar)
2. Merlimau (5.2 hektar)
3. Nyalas (5.5 hektar)
4. Selandar I & II (8.9 hektar)
5. Taman Maju Jasin (5.3 hektar).

PROJEK PENSWASTAAN

PEMBANGUNAN STESEN MINYAK SHELL

Pembangunan seterusnya merujuk kepada Shell Jasin, Jalan Rim di Mukim Jasin. Pembangunan stesen minyak ini di bangunkan di tapak seluas 1/2 hektar telah siap dilaksanakan oleh Syarikat Minyak Shell. Lokasinya adalah strategik yang dikelilingi oleh pembangunan yang pesat. Pada dasarnya, projek ini kelak akan memberi pulangan dalam jangkamasa panjang terutama dari segi kewangan.

PEMBANGUNAN BANDAR JASIN III

Konsep pembangunan yang dicadangkan tersebut adalah merupakan projek perdagangan yang mengandungi 26 unit kedai pejabat 2 tingkat, 19 unit kedai pejabat, 15 unit kedai pejabat 4 tingkat dan satu blok baru perhentian bas/teksi 2 tingkat bagi MDJ di mana pembangunan ini adalah lebih sistematik dan dibangunkan di atas tanah seluas 10 ekar di Bandar Jasin secara penswastaan. Prestasi fizikal projek tersebut telah siap 30% dan ia dimajukan mengikut fasa.

Pembangunan ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan lagi perancangan dan meninggikan kemajuan pembangunan di pusat Bandar Jasin dan memperbaiki lalulintas jalanraya yang sedia ada dilengkapi dengan tempat meletak kenderaan yang mencukupi serta menambahkan lagi pendapatan tahunan kepada Majlis Daerah Jasin.

PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan Persekutuan telah pun mengadakan beberapa projek besar di kawasan Majlis Daerah Jasin. Projek-projek tersebut ialah:

1. Politeknik Merlimau oleh Kemanterian Pendidikan
2. Sekolah Menengah Teknik Jasin oleh Kementerian Pendidikan
3. Persimpangan Bertingkat Lipat Kajang oleh UEM


Perutusan YDP| Selayang Pandang| Fungsi & Matlamat| Sistem Pentadbiran dan Pengurusan| Jabatan-jabatan|
Perkhidmatan dan Kemudahan| Perindustrian dan Pelancongan| Aktiviti Jabatan| Aduan|

Menu Utama