Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala
baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila
fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. |
Bersyukur
baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. |
Bersyukur
baginda kerana siang telah menjelma. |
Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu
tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya
Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. |
Bersyukur
bagi penebusan. |
Bersyukur
kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. |
Bersyukur
dan bermohon akan keredhaan Allah. |
Bersyukur
kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. |
Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka
bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda
telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: |
Kelam
dengan perut ikan Nun. |
Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang
tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: |
|
Untuk
menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. |
Untuk
menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah
dituduh melakukan perbuatan sumbang. |
Untuk
meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua
atau tiga. |
Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika
itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang
dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan
semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. |
Dukacita
terhadap isterinya. |
Dukacita
terhadap saudaranya Nabi Harun. |
Dukacita
terhadap Firaun. |
Dukacita
terhadap anak Firaun. |
|