Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan rahmatnya saya dapat menghasilkan homepage yang tak seberapa adanya,
disamping dapat pula menyiapkan beberapa program yang dapat memberi faedah
kepada para pengunjung laman web ini. Terima Kasih di ucapkan kepada anda
yang sudi mengunjungi homepage saya. Di sebelah kiri adalah senarai program
yang telah berjaya saya siapkan untuk kegunaan pengunjung semua. Anda boleh
menggunakan program-program ini dan menyebarkan kepada orang lain. Kepada
sesiapa yang telah menggunakan program yang disenaraikan , sila
kemukakan komen atau pandangan kepada saya . Saya akan cuba menambah program-program
ini dari masa ke semasa sekiranya masa mengizinkan. Sebagai makluman saya
hanya menguji program-program tersebut menggunakan Windows 95 sahaja.
Sekiranya ada masalah semasa 'download' atau 'installation' sila email kepada saya.
Jangan lupa untuk mengisi buku
pelawat, segala pandangan dan komen anda amat saya hargai.
Pengumuman (29/07/2003):
Saya telah membuat link baru keatas fail-fail perisian di laman ini. Jadi
kepada sesiapa yang tidak boleh download sebelum ini bolehlah download
fail tersebut sekarang. Segala kesulitan amat dikesalkan...