Make your own free website on Tripod.com

ZAINUR ZAKARIA MEMBANTAH DIADAKAN PERHIMPUNAN 25/1/2000 (BENARKAH)

Benarkah Sdr Zainur Zakaria MENOLAK terus tuntutan mengadakan gerakan reformasi (perhimpunan aman) untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada 25/1/2000. Komentar dilapurkan bahawa Sdr Zainur Zakaria adalah antara mereka yang TIDAK BERSETUJU untuk perhimpunan aman diadakan. Beliau juga diberitakan MENOLAK perhimpunan aman semasa menghantar memorandum kepada Sultan Negeri dan Yang DiPertuan Agung. Penolakan secara terbuka ini diberitakan telah dimaklumkan kepada ahli Parti Keadilan. Komentar dengan sekeras-kerasnya menolak tindakan Zainur Zakaria ini. Sdr Zainur perlu ingat Parti Keadilan Nasional terbentuk dan disokong adalah atas Gerakan Reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim. Sdr Anwar bertindak memulakan gerakan ini dan gerakan ini dilaksanakan oleh golongan reformis yang hanya ada satu agenda yakni mengembalikan keadilan,membebaskan Sdr Anwar Ibrahim dan menentang kezaliman. Apakah Sdr Zainur Zakaria lupa perjuangan menuntut keadilan ini melibatkan kebebasan rakyat untuk mengkritik dan menegur kerajaan. Kebebasan menyuarakan kepincangan ini perlu dan perhimpunan aman dijalankan untuk mencapai agenda perubahan. Kenapa Zainur Zakaria menolak gerakan reformasi ini? Reformis MENOLAK pendirian sebegini. Pendirian sebegini seolah-olah menafikan slogan kita SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT dan PERJUANGAN SDR ANWAR IBRAHIM. Sdr Zainur Zakaria perlu ingat ruh Parti Keadilan Nasional adalah pada gerakan reformasi ini. Sdr Zainur Zakaria sebelum ini digambarkan sebagai seorang pejuang tetapi hakikatnya pendekatan erti perjuangan tersebut amat sempit. Sia-sia Sdr Zainur Zakaria dianugerahkan dengan Human Rights Award kalau Sdr sendiri tidak mendokong kebebasan kita menyuarakan hak kita sebagai rakyat. Apa sebenarnya pejuangan Sdr, apakah sdr fikir bahawa gerakan reformasi itu TIDAK PENTING?

Sempit perjuangan sdr tersebut. Padanlah setakat ini pihak KOMENTAR dibanjiri dengan perbagai surat dan dokumen perihal salah laku tindakan Sdr Zainur Zakaria dalam membuat keputusan.Keruntuhan Parti Keadilan Nasional Wilayah Persekutuan juga diberitakan adalah hasil dari kelemahan Sdr Zainur Zakaria.

KOMENTAR