KOMENTAR

4hb March 1999

Membaca Harakah Edisi Jumaat 5 March 1999.

Muka terakhir disiarkan satu slogan ynag sesungguhnya menarik perhatian saya. Slogan tersebut berbunyi begini :

 

 GIVE US A CHANCE...........

BERI KAMI SATU PELUANG

 

Kenapa tidak? Satu slogan yang amat mengharukan kami. Setakat ini yang paling rapat menjadi alternatif kepada kerajaan sedia ada adalah PAS. Perpaduan Melayu dapat dipupuk melalui PAS sebagai ganti kepada UMNO. Walaupun PRM dan beberapa parti lain wujud tetapi PAS menyerlah sebagai parti yang akan boleh mengabungkan lain lain parti pembangkang bagi memulakan era baru pentadbiran Malaysia. Tidak salah kalau dikatakan PAS,DAP,PRM dan komponen pembangkang lain merupakan satu gabungan yang boleh mengantikan BARISAN NASIONAL . Pengantian ini perlu selagi kedegilan UMNO bertahan kepada satu pemimpin yang mereka takutkan yakni Dr Mahathir . Walau apa pun PAS dan kawan kawan politik mereka memerlukan satu penyatuan yang kukuh serta harus berkerja dengan lebih keras kerana kerosakkan kepada jentera Malaysia adalah pada tahap kritikal. Pembangunan Ekonomi yang setelah kian lama tidak demokratik perlu dipulihkan. Dasar Ekonomi baru dan lain lain strategi pembangunan harus dikemaskinikan. Tetapi yang lebih penting adalah janji mereka,janji mereka bahawa KUASA ADALAH PADA RAKYAT. Membelakangi rakyat adalah asas kejatuhan kerajaan. Lihat apa yang terjadi pada Barisan Nasional ? Kerana membelakangi rakyat , berpegang pada Dr Mahathir sebagai sumber kuasa maka runtuh kerajaan mereka.

 

KENAPA TIDAK?

Komentar