WEB MASTER TIDAK DIPERLUKAN LAGI?

 

Benarkah PKN tidak langsung mengiktiraf kehadiran Web Master sebagai perjuang keadilan? Lapuran yang kami terima adalah sumbangan web master tidak langsung menjadi satu landasan yang dikenalpasti sebagai pembawa kepada reformasi. Kami tidak percaya kepada kenyataan ini secara keseluruhan tetapi kami percaya bahawa terdapat antara ketua ketua penaja bahagian yang menolak web master dan seolah olah mengatakan bahawa sumbangan itu tidak seberapa berbanding dengan apa yang mereka akan lakukan setelah dilantik sebagai penaja bahagian. Kami dari golongan web master ingin menyelar ketua bahagian tersebut dengan mengatakan bahawa setidak tidaknya media web ini telah memberi kesan sebagai penghantar maklumat dan pembuka minda kepada golongan reformis. Sedangkan Dr wan Azizah sendiri percaya kepada sokongan dan sumbangan golongan web master ini kan pula mereka yang baru menceburi perjuangan reformasi.