Make your own free website on Tripod.com

PERUTUSAN HARI RAYA MAHATHIR MEMALUKAN

Komentar 10/1/2000

Terlebih dahulu Komentar mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelayar Laman Web Reformasi khususnya pendokong Reformasi demi menuntut keadilan. Dalam kita merayakan perayaan ini kita sering terlintas nasib Bapa Reformasi kita Sdr Anwar Ibrahim yang buat kali ke 2 nya berhari raya didalam penjara. Dalam dia dipenjara Mahathir sebok memberi ucapan menjelang 1 Sh'awal dengan masih lagi mengharapkan agar rakyat boleh dipengaruhi untuk menerima beliau semula. Mahathir dalam ucapannya jelas masih berusaha untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak pembangkang dan seterusnya menegaskan supaya rakyat Malaysia jangan kurang ajar dengan budi dan jasa yang diberikan oleh kepimpinan UMNO. Sikap Mahathir menyeru rakyat jangan kurang ajar dengan mengigit tangan mereka yang memberi bukan sahaja menunjukkan bahawa beliau angkup dan kononnya mereka dalam UMNO telah banyak berbudi kepada rakyat. Apakah kepimpinan kerajaan sekarang sebenar-benarnya telah berbudi kepada rakyat. Apakah sebenarnya titik peluh membangunkan Malaysia terletak cuma pada Dr Mahathir dan anggota kabinetnya yang korup itu. Apakah yang kita makan sekarang adalah hasil dari kita mengemis dengan kerajaan. Siapa berbudi pada siapa ?. Tulang 4 kerat siapa yang dibanting untuk mencari rezeki buat diri dan keluarga ?. Keringat siapa yang menitis dalam mencari wang untuk kebahagian hidup diri dan keluarga?. Apakah kerajaan memberi segala-gala dengan percuma dan sekarang hadir untuk menagih budi. Alangkan bodohnya perutusan Hari Raya Mahathir itu. Perutusan itu juga menyebut perihal kebebasan yang dihubungkait dengan homoseksual, keruntuhan institusi perkahwinan dan gejala-gejala sosial lain. Sebenarnya konsep kebebasan Mahathir lebih mempolitikkan isu dengan kehendak beliau untuk memerintah selama-lamanya dan sekiranya tidak maka manusia sejahatnya akan mengambil alih tempat nya. Kebebasan yang dibendung dengan nilai keagamaan serta keadilan adalah yang dituntut. Mahathir seolah-olah mahu menunjukkan bahawa sistem "demokrasi terhad" dan sistem" kebebasan terhad" adalah amalan beliau yang membawa kepada kesejahteraan hidup. Kita bukan menolak sekatan tetapi kita menolak sekatan yang dicipta beliau. Kita menerima sekatan agama,budaya dan tradisi. Apa yang tidak kita terima adalah sekatan menurut Mahathir. Sekatan kebebasan menurut Mahathir, sekatan keadilan mengikut Mahathir serta sekatan-sekatan yang di cipta beliau untuk memudahkan beliau memerintah dengan kejam dan zalim. Sekatan yang menghalang rakyat dari memperolehi hak menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini. Mahathir terus memalukan dirinya dengan mengulangi bahawa penerima kebebasan "total" mengkehendakkan kita menerima budaya "homoseksual". Satu kenyataan yang bukan sahaja bodoh tetapi sumbang untuk dijadikan perutusan Hari Raya.

Komentar