DARI AHLI UMNO AMPANG JAYA

Assalamuaikum,

 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian komentar memaparkan artikel kami tempoh hari. Terima Kasih juga kami ucapkan kepada mereka kerana sudi meletakkan logo UMNO kepada setiap artikel saya. Alasan saya meminta supaya logo tersebut diletakkan kerana UMNO milik semua bukan segelintir mereka yang duduk diatas kerusi Majlis Tertinggi. UMNO bukan mereka tetapi UMNO adalah hak semua ahli samada yang masih memberi sokongan kepada Majlis Tertinggi ataupun tidak tetapi masih mahu UMNO memimpin negara ini. Jelas ramai antara UMNO yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak kerterlaluan saya mengatakan bahawa mereka mula benci kepada pemimpin tinggi UMNO yang mendewa dewakan bakal pemusnah UMNO.

Betapa hibanya ahli UMNO yang masih setia pada UMNO yang dahulu berteraskan kejayaan sejagat tetapi kini berteraskan kejayaan diri dan kroni. Kini kita digemparkan dengan kehadiran Abdullah Badawi bagi mengutip sisa sisa UMNO yang reput dan berusaha menegakkan semula UMNO dibawah pemerintahan Dr Mahathir. Saya terus menolak kehadiran dan pemilihan Abdullah Badawi selagi Dr Mahathir masih memerintah. Saya teringat gambar yang direka oleh Komentar perihal Badawi dan kalau boleh tolong siarkan sekali . Gambar yang menunjukkan bahawa dalam beliau pasti ada Dr Mahathir selagi beliau Perdana Menteri Malaysia. Abdullah Badawi memang tidak dapat dinafikan sebagai anggota yang layak menyadang jawatan TPM tetapi sekiranya dia berkompromi dengan anggota konspirasi lain maka beliau tidak lebih dari mereka dan keputusan beliau juga tidak akan lari dari menbunuh keadilan dan menegakkan kezaliman. Walau apa pun negara tidak akan selamat dan rakyat terus tertindas dengan pemerintahan ala komunis yang dilaksanakan oleh golongan konspirasi.

Apakah benar Abdullah Badawi sekarang telah berkompromi dengan pendokong kezaliman dan pemusnah UMNO?

Apakah Abdullah Badawi sebagai cendikiawan Agama sudah hilang pegangan dan menyertai dan berkompromi demi mahukan kuasa dan takut akan musibah melanda beliau sekiranya tidak turut serta dalam agenda konspirasi tersebut.

Apakah Abdullah sedar bahawa kehadiran beliau tidak lebih dari membersihkan najis najis yang telah tercalit atas perbuatan Dr Mahathir.

Apakah kita boleh menerima beliau yang dibayangi oleh Dr Mahathir.

Apakah ahli UMNO sedar bahawa UMNO tidak akan pulih dan bersih selagi Dr Mahathir memerintah.

Apakah Abdullah sedar bahawa kenyataan beliau dalam akhbar The Sun 25/1/99 yang mengatakan bahawa UMNO masih kukuh adalah khayalan beliau.

Apakah Abdullah Badawi benar benar yakin kenyataan beliau bahawa UMNO sebenarnya kukuh jika dibandingkan dengan keadaan semasa Anwar Ibrahim menjawatan TPM dengan keadaan sekarang dimasa Sdr Anwar Ibrahim dicerca dan dihina oleh kamu semua.

Kenyataan Abdullah Badawi yang mengatakan bahawa ahli UMNO dan rakyat sudah tahu kedudukan sebenar adalah dusta kerana sehingga kehari ini tidak siapa percaya kepada tuduhan DR Mahathir memecat Sdr Anwar Ibrahim melainkan bagi menyelamatkan kroni beliau dan ini merupakan konspirasi jahat Dr Mahathir.

Abdullah Badawi,

Tentukan bahawa Kementerian Dalam Negeri serta agensi dibawahnya melaksanakan keadilan yang sebenarnya dan bukan ciptaan Dr Mahathir.

Buktikan bahawa rakyat sekarang percaya kepada Polis kerana saya yakin Jabatan itu telah luntur maruahnya hasil perbuatan Tan Sri Rahim Noor dan anggota penipu yang lain seperti Musa Hassan.

Abdullah Badawi satu sahaja usul yang boleh membawa kejayaan UMNO kembali, HAPUSKAN PEMERINTAHAN DR MAHATHIR DAN KEMBALIKAN ANWAR KETEMPAT ASALNYA

Sekian

AHLI UMNO AMPANG JAYA

 

Salam saya kepada Datuk Mufti Shuib ,

Kebenaran adalah ketakutan beliau dan keruntuhan UMNO adalah kerana ketakutan berpisah kamu dengan kemewahan yang seketika sahaja.

 

Akan saya usahakan mereka yang buta kepada keadilan kerana takut berpisah dengan kebendaan dihapus dari terus menerajui kepimpinan UMNO khusus nya AMPANG JAYA