TV DIMALAYSIA SUDAH MACAM MEDIA POLITIK UTAMA DAN BUKAN MEDIA PENYAMPAI MAKLUMAT

 

Sedar tak sedar media kita telah mula berubah dari saluran komunikasi, saluran informasi dan saluran penyampai maklumat kepada media politik negara ini. TV tempatan seakan tempat mereka mengemukakan ceramah politik bagi mencuba semula untuk menawan hati rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Mereka mula menunjukkan komersial komersial JKKK Kampung memuji polis dan TPM kononnya mendapat sambutan hangat kemana sahaja beliau pergi. Tidak ubah seperti kerajaan menjual ubat gigi dengan mengemukakan iklan. Media sudah mula menjadi alat politik dan menyebarkan sentimen pro kerajaan tidak mengira samada benar atau tidak maklumat yang disampaikan. Benar juga kata kata salah seorang rakan Komentar, kenapa media surat kabar cina sahaja yang mengeluarkan gambar penderaan keatas Anwar Ibrahim sedangkan akhbar lain yang lebih "establish" diam membisu dan kaku. Walaupun sebenarnya media media ini dari dahulu lagi bertindak dibawah kawalan kerajaan tetapi sekarang ianya lebih jelas dengan mengeluarkan artikel dan cerita pembohongan.

Kita akan melalui sejarah hitam dalam politik pemerintahan Malaysia. Titik hitam ini akan menjadi bukti sejarah bahawa Dr Mahathir , Abdullah Badawi dan rakan konspirasi adalah golongan pemusnah bangsa dan berpelakuan seperti mafia dalam negara ini.

 

Kalahkan mereka. Tidak ada tempat untuk mereka dalam pemerintahan negara.