Make your own free website on Tripod.com

CUBAAN  MENGHANCURKAN KOMENTAR DENGAN VIRUS

CISSSS….TUAH….JEBAT HANYA BERMAIN-MAIN TETAPI TUAH BERSUNGGUH SUNGGUH.

 

Komentar 6/3/2000

 

Cubaan menghantar virus ke email Komentar diteruskan kali dengan email dari fadillamyong@hotmail.com dengan nama penggunanya “NUAR”. Kalau diikutkan senarai yang ada pada Komentar nama-nama mereka ini terkandung dalam senarai AJK Wilayah Persekutuan. Apakah mereka ini bertanggungjawab dalam cubaan terbaru ini. Komentar minta maaf sekiranya ini bukan perbuatan mereka tetapi kemungkinan penyamaan singkatan nama tetapi Komentar mahu perkara ini dijelaskan.

 

Lapuran virus scan disertakan

 

Fadil kemungkinan nama kepada Ketua Bahagian Segambut

 

Ng Lam Yong adalah MPT dan Ketua Bahagian Seputeh

 

Anuar tersenarai sebagai Setiausaha Wangsa Maju.

 

Apakah mereka ini terlibat? Sekiranya “YA” Komentar ingin menasihati mereka agar sedarlah ,perbuatan keji mereka menguatkan Komentar untuk tidak tunduk kepada kemungkaran,kezaliman dan ketidakadilan. Sedarlah bahawa kalau kita mengetahui akan berlaku perbuatan busuk dalam keADILan lalu membiarkan ianya berlarutan maka sdr adalah pengkhianat keadilan dan bukan pejuang tulen. Kekotoran dalam keadilan sudah jelas. Wilayah Persekutuan sendiri tercemar dan pencemaran ini akan menganggu gugat  peluang kita untuk menolak kerajaan sekarang dan berubah kepada Kerajaan Alternatif. MEMBODEK KEPIMPINAN PARTI adalah budaya politik jahat dan ini telah menjadi matapelajaran untuk mereka yang mahu menyertai UMNO. Jangan bawa budaya tersebut dalam keADILan.

 

Komentar pelik kenapa mereka ini cuba untuk menghantar virus ke Komentar. Adakah mereka rasa kedudukan mereka penting berbanding dengan agenda perjuangan mutlak kita yakni menuntut REFORMASI. Hairan, mereka sendiri dari pengiraan Komentar adalah antar orang yang telah tercampak atau bakal tercampak? Kenapa mereka melakukkan perkara sedemikian? Adakah untuk menyelamatkan kedudukan mereka atau mahu mengaburi mata rakyat dengan kononnya mereka adalah pembela parti sedangkan perbuatan mereka lebih kepada pembela kemungkaran.

 

Komentar sekali lagi minta maaf sekiranya intepretasi Komentar jauh menyimpang.  Apa pun bagi mereka yang sebenarnya terbabit dalam penghantaran virus itu satu saja pesan Komentar LAGI TEKAN LAGI LAWAN.

 

KOMENTAR