USTAD FADHIL MENJEMPUT SDR ANWAR IBRAHIM DAN DR WAN AZIZAH MENYERTAI PAS

 

Dalam satu kenyataan akhbar baru baru ini Presiden Pas menjemput Sdr Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menyertai PAS bagi memantapkan lagi jentera dan komposisi parti tersebut dalam menghadapi pilihanraya. Kenyataan itu juga menyebut bahawa hampir 85,000 ahli baru diperolehi semenjak bicara Reformasi dilaungkan oleh Sdr Anwar Ibrahim. Sememangnya kehadiran Anwar Ibrahim kedalam PAS amat dialu alukan oleh pergerakan PAS tersebut. Kehadiran Anwar Ibrahim dalam PAS akan mengalakkan lagi penyertaan ramai penyokong reformasi yang selama ini tertunggu tunggu untuk menyertai parti mana yang disertai oleh Anwar Ibrahim. Walau apa pun Anwar Ibrahim mempunyai wawasan dan kematangan dalam politik. Pemilihan parti mana yang akan disertai beliau seharusnya menguatkan kemantapan pihak pembangkang secara "total" dan tidak konsentrasi pada satu parti.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KEMANTAPAN SECARA "TOTAL" DAN BUKAN KONSENTRASI PADA SATU PARTI

PAS tersendiri telah berjaya dalam memperkuatkan kedudukan mereka dibeberapa negeri khususnya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis. PAS telah boleh berdikari dalam menghadapi pilihanraya bagi mengaut undi undi rakyat yang pro Islam. Ini satu pencapaian tetapi cukupkah pencapaian itu memungkinkan kejayaan secara "total" dalam pilihanraya akan datang? Perlu diingat bahawa rakyat Malaysia terdiri dari belbagai kaum dan kekuatan kaum melayu dan bumiputra sahaja tidak boleh menjayakan kejayaan menyeluruh dalam pilihanraya akan datang. Kejayaan menyeluruh dan bukan "simple majority" sahaja yang dapat membawa Malaysia kepada pembaharuan. Kemenangan dengan "simple majority" atau berjaya menahan Barisan Nasional dari memperolehi 2/3 majoriti diibaratkan sebagai menang peperangan tetapi kalah perjuangan. Kemenangan sebegini mempunyai risiko yang tinggi kerana kekuatan Barisan Nasional semasa dan selepas pilihanraya adalah pada kekayaan kewangan yang diperolehi melalui proses pengamal kroni dan nepotisma kalangan mereka. Jesteru itu Sdr Anwar Ibrahim harus memilih penyertaan tepat bagi merangsangkan kejayaan menyeluruh dalam pilihanraya akan datang. Penglibatan Sdr Anwar Ibrahim dalam PAS akan dapat memantapkan PAS tetapi lompang dalam arena politik keseluruhan tetap ada. Lompang ini wujud kerana mereka yang tidak dapat menerima wadah perjuangan PAS akan dengan mudah didorong untuk kembali ke alam penipuan pemimpin tinggi UMNO. Sebaliknya kehadiran Anwar Ibrahim dalam parti PRM atau parti lain akan meningkatkan pegangan equiti pembangkang dalam pesada politik tanah air. Ini baru membolehkan pihak pembangkang untuk terus memonopoli pilihanraya kerana setiap idelogi rakyat dapat dikompromi oleh parti pembangkang. Maka ini Insyallah dapat membawa kita kepada perubahan REFORMASI yang kita laungkan.

Komentar 27hb March 1999