RAKYAT KAWASAN TITIWANGSA

Kita sedar bahawa Malaysia, negara tumpahnya darah dan airmata kita ternoda oleh pemimpin pemimpin yang tidak jujur dalam memperjuangkan cita cita dan harapan rakyat. Kita tersentak apabila kita disedarkan oleh Sdr Anwar Ibrahim bahawa pemimpin kita khususnya menteri menteri yang memimpin sekarang ini adalah pemimpin yang tidak berpendirian,rendah moraliti nya dan hanya menentingkan diri sendiri. Menteri kita yang ada sekarang ini hanya perlukan publisiti dan glamor hidup dan janji janji pilihanraya hanya kemanisan pertuturan bahasa.

Komentar terpanggil melihat penipuan mereka secara terbuka. Drs Suleiman Mohamed dengan kenyataan reformasi merima wang dari barat.Ini adalah satu kenyataan mempopularkan diri. Kenyataan beliau bersesuaian dengan kebodohan kenyataan Dato Mohamed Rahmat. Beliau dipetik berkata dan dapat disimpulkan seperti mengata bahawa REFORMASI dan DEMONSTRASI ditaja oleh negara negara Barat dan berusaha untuk menjatuhkan mertabat dan maruah negara.

Sekali lagi ingin di tegaskan:

MARUAH KITA TERCEMAR OLEH PERBUATAN MENCEMAR PERUNDANGAN DAN MENGAMALKAN KEZALIMAN DAN KALAU KEMERDEKAAN KITA TERGUGAT IA ADALAH KERANA PEMIMPIN KITA SEKARANG INI MENJUAL BANGSANYA, MARUAH DAN MENGADAI KEDAULATAN UNDANG UNDANG , KELUHURAN PERLEMBAGAAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

Kenapa kita perlu senyap lagi. Kenapa kita lihat penipuan, kekejaman dan kezaliman dilakukan tanpa segan silu lagi. Mari kita tegakkan kebenaran dengan lebih strategi lagi.

Penyatuan adalah perlu dan kita bersatu menentang kezaliman dan kita sedarkan mereka bahawa kuasa mereka dari rakyat dan kepada rakyat ianya terletak dan ditentukan.

RAKYAT KAMPUNG BARU,

 

Komentar menyeru supaya mereka menolak kepimpinan Datuk Drs Suleiman Mohamed mulai hari ini. Kita tolak satu persatu wakil parlimen di Kuala Lumpur ini dan biarkan ianya seperti teori keruntuhan domino.

Penolakan ini berasaskan penolakan pemimpin yang tidak setia kepada pengundi, kepada rakyat titiwangsa khasnya dan malaysia amnya.

Penolakkan ini atas alasan mereka menutup kebenaran dan keadilan.

Penolakan berasaskan penipuan terbuka mereka semata mata untuk darjat dan pangkat.

Kita singkirkan mereka sekarang ini, kita tulis surat menolak beliau dari menjadi wakil kita sekarang ini.

RAKYAT KAMPUNG BARU,

Sampaikan salam penolakkan beliau sekarang dan ketika ini biarpun pilihanraya belum dijalankan lagi.

RAKYAT TITIWANGSA

Sambutlah salam reformasi ini dengan hati terbuka. Ianya menetang kekejaman dan penindasan pemimpin keatas rakyat sendiri. Kita lebih teruk dari pendatang haram dibuat nya. Diheret dan dipukul. Sedangkan pendatang sekarang ini diberi pengampunan dan bebas balik kenegeri masing masing.

TOLAK SULEIMAN MOHAMED, TOLAK BELIAU SEKARANG INI

Kita tahu bahawa penolakkan ini merupakan strategi Reformasi yang tidak akan melibatkan sebarang tangkapan. Kita berhak memilih dan kita juga berhak menolak. Kita tolak beliau atas kegagalan beliau bertindak memberi penerangan sebenar nya. Sebaliknya secara buta beliau terus menolak REFORMASI tanpa mahu mendengar dan memberi peluang kita bersuara.

Sama dengan kepimpinan lain. Mari kita mulakan disini di kawasan sejarah Kampung Baru. Kami percaya rakyat sedar secara total kesalahan kepimpinan kita sekarang ini.

KENAPA KITA PERLU PEMIMPIN YANG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN MENIPU PENGUNDI.

Kenapa perlu tunggu.?