Komentar

15 Februari 1999

Abdullah Badawi dilapurkan berkata semasa Perjumpaan Hari Raya UMNO Wanita Selangor "bahawa sesiapa yang percaya kepada perjuangan Parti Umno maka itu adalah kawan dan penentangan beliau adalah pada mereka yang tidak sealiran dengan wadah dan perjuangan parti"Komentar ingin membidas Abdullah Badawi terhadap kenyataan beliau dengan beberapa fakta yang perlu dimaklumkan sebelum Pak Lah kita ini disahkan sebagai angkatan pendokong kezaliman dan perlu dihapuskan kepimpinan beliau.

1. Tidak pernah sebelum ini majoriti rakyat menolak UMNO dan dengan sokongan majoriti rakyat inilah UMNO terus memerintah negara.

2. UMNO telah melalui pemecahan beberapa kali, tetapi sokongan semasa pilihanraya masih terus jitu dan setiap kali pengundian dijalankan maka UMNO akan memperolehi majoriti 2/3

3. Barisan Nasional tetap kukuh sebelum ini biar diganggu gugat oleh Semangat 46 dan parti parti komponen yang keluar menyertai pembangkang.

 

TETAPI MENGAPAKAN UMNO GONCANG DAN SEKARANG INI TIMBUL BUKAN SAHAJA PEMECAHAN DALAM UMNO TETAPI HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA UMNO SELAKU PARTI PEMERINTAH.

KENAPA ANGGOTA UMNO MULA MENINGGALKAN WADAH PERJUANGAN UMNO DAN TERUS MENERUS MENOLAK KEPIMPINAN UMNO SEKARANG INI.

KENAPA TIMBULNYA PENENTANGAN RAKYAT DAN DEMONSTRASI YANG BESAR DAN MELUAS.

APA TIDAK JELASKAN UMNO BAHAWA RAKYAT MULA MENENTANG DAN PENENTANG UTAMA MEREKA ADALAH PADA DR MAHATHIR DAN BUKAN UMNO SECARA KESELURUHAN.

APAKAH UMNO AKAN MEMBIARKAN RAKYAT MELAUNGKAN REFORMASI TANPA DIDENGARI.

APAKAH UMNO AKAN TETAP MENDOKONG DR MAHATHIR SEDANGKAN RAKYAT MENOLAK KEPIMPINAN BELIAU.

APAKAH KEISTIMEWAAN MAHATHIR YANG MENYEBABKAN UMNO DAN KERAJAAN SEKARANG INI SANGGUP MENDERA ,MENINDAS , MEMUKUL DAN MEMENJARA RATUSAN RAKYAT TANPA BELAS KESIAN KERANA DR MAHATHIR

ATAUPUN APAKAH KAMU SEMUA DIGERTAK OLEH DR MAHATHIR ATAS DOSA DAN KECURANGAN KAMU KEPADA RAKYAT

Abdullah Badawi,

Buka mata dan sedar bahawa negara ini adalah negara demokrasi dan tidak memerlukan pemimpin yang hanya memikirkan diri dan keluarga sendiri. Kamu sudah nampak jelas tetapi takut untuk memulakan penentangan terhadap Dr Mahathir yang berlaku zalim pada Sdr Anwar Ibrahim.

Apakah kamu tidak nampak perjalanan kes perbicaraan tersebut yang jelas tidak sedia mencari kebenaran dan keadilan.

Apakah kamu tidak nampak kebenaran bahawa Anwar Ibrahim dihina,dinista,dicerca dan dera sebelum kesalahannya terbukti.

Apakah kamu sanggup melihat hamba Allah lain dipikul,didera dan dihina cuma kerana kamu semua takut akan perlakuaan Dr Mahathir.

Abdullah Badawi,

Kamu tidak akan dapat menyelamatkan UMNO dan negara ini selagi Dr Mahathir memerintah dan selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan.

Janji kami ialah JIKA PENENTANGAN YANG KAMU MAHUKAN MAKA PENENTANGAN JUGALAH YANG AKAN KAMI BERIKAN.

UMNO TERPESONG DARI PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT KEPADA MEMBELA DR MAHATHIR DENGAN KUNCUNYA.