WEB MASTER DITEKAN LAGI

 

Ecxo Permuda Umno Zein Isma Ismail telah menyelar Laman laman Web Reformasi sebagai Laman yang menyebarkan fitnah, penipuan dan propoganda anti kerajaan. Zein Ismail turut memaklumkan bahawa Laman ini adalah salah satu punca masyarakat Melayu berpecah sesama dan apa yang menyedihkan adalah teknologi internet disalah gunakan untuk menyampaikan dahyah anti kerajaan. Beliau memaklumkan bahawa rakyat khusus kalangan Web Master tidak faham dan keliru dalam pergolakkan politik Malaysia. Zein memaklumkan bahawa Jawatan Kuasa Internet Pemuda telah diarah untuk memulakan tindakan memberi penerangan sebenar supaya rakyat tidak keliru.

Turut dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengumpul maklumat serta telah mengenalpasti Web Master Laman Pro Reformasi serta mereka yang terlibat mengurus beberapa forum yang bertindak menentang kerajaan dan akan mengambil tindakan keatas mereka.

 

BUAT ZEIN ISMA ISMAIL

Tuan,

Laman Reformasi dibentuk untuk menuntut keadilan khusus buat Sdr Anwar Ibrahim. Kebanyakan Laman Web yang dibentuk adalah bagi mengesa kerajaan supaya bertindak adil dan menghentikan kekejaman yang mereka lakukan keatas pendokong reformasi.

Tuan Zein perlu tahu sekiranya benar kita keliru atas segala tindakan yang diambil keatas Sdr Anwar Ibrahim maka kami sedia mendengar penerangan bagi menjernihkan kekeliruan yang kita hadapi tentang penyingkiran dan penangkapan Sdr Anwar Ibrahim. Kami sedia mendengar demi keadilan. Sekiranya kami berpuas hati kami di Komentar sedia untuk membubarkan laman ini. Sebagaimana yang pernah kami maklumkan tidak ada sebarang keterangan,penerangan yang dapat kami terima perihal kes Anwar Ibrahim. Tidak ada pemimpin yang berani tampil membahaskan perkara ini. Penerangan Mahathir perihal penyingkiran Anwar Ibrahim tidak ubah seperti tohmahan Ummi Halfida dan Azizah.

Tuan Zein, kemukakan fakta ,bukti yang kukuh serta justifikasi tentang penyingkiran Anwar Ibrahim. Setakat ini kami beranggapan kamu tidak ada penjelasan konkrit dan bagi melindungi perkara tersebut maka gertakan dan penangkapan sahaja menjadi jalan pilihan kamu. Saya sedia kehadapan bagi mendengar penjelasan Tuan Zein dan kami sanggup membubarkan Laman ini sekiranya kami yakin bahawa kerajaan di pihak benar

 

Sekian