PAK LAH BERANGAN MAHU TAWAN KELANTAN

 

Betul ke Pak Lah ini. Kelantan mahu ditawan Barisan Nasional khususnya UMNO. Pak Lah mimpi disiang hari atau sudah mula nyanyuk seperti Dr Mahathir. Pak Lah harus sedar TIDAK pernah berlaku dalam lagi dalam sejarah Malaysia sokongan yang begitu padu diberi kepada parti pembangkang. Barisan Nasional bukan sahaja TIDAK AKAN dapat membolosi kekuatan PAS di Kelantan malah TIDAK AKAN dapat bertahan di negeri lain. UMNO dan Barisan Nasional tidak akan berjaya dan kekalahan mereka adalah kerana kepincangan Dr Mahathir dan seterusnya semua menteri kabinet yang bersifat patriotik kepada beliau.

 

Pak Lah juga mengkritik Wan Azizah sebagai sudah terlewat untuk menarik balik kata kata beliau berhubung dengan penyamaan Mahathir dengan Marcos. Tidak payah Wan Azizah semua tahu bahawa memang Dr Mahathir akan menjadi pemimpin yang seangkatan dengan Marcos dan setelah turun dari tahta pemerintah maka Mahathir akan dikenali sebagai pemimpin yang korup dan zalim.

 

Wan Azizah tidak perlu mengkritik Mahathir kerana keburukan Mahathir memang terserlah dan tidak payah dicungkil. Pak Lah tahu kekuatan UMNO sekarang berkurangan dan inilah yang merisaukan beliau. Beliau sekarang sedang berusaha keras untuk menunjukkan bahawa terdapat kepincangan Wan Azizah dan parti KeADILan Nasional sedangkan kita tidak perlu lagi bersusah mencari kepincangan UMNO dan Barisan Nasional kerana kamu semua dalam kabinet telah menunjukkannya secara terbuka.

 

PAK LAH HARUS DITENTANG KERANA SIKAP BERKOMPROMI DENGAN GOLONGAN KONSPIRASI