MUHAMMAD MUHD TAIB

DARI SKANDAL, KE RASUAH DAN KEMBALI MEREBUT JAWATAN NAIB PRESIDEN

16hb March 2000

 

KOMENTAR

UMNO akan melalui proses pemilihan sekali lagi. Perebutan jawatan No 1 dan 2 dicadangkan supaya tidak dipertandingi. Lain-lain jawatan sekarang ini sibuk sedang menunggu percalonan dari bahagian-bahagian UMNO. Salah satu yang menarik perhatian kami adalah bagi jawatan Naib Presiden. Selain dari kehebatan Datuk Ser Najib Tun Abdul Razak yang setakat 13hb March 2000 telah mendapat hampir 45 percalonan seorang lagi calon yang menjadi perhatian kami adalah Muhammad Muhd Taib. Setakat ini Muhammad Muhd Taib telah berjaya mendapat 8 percalonan dari bahagian-bahagian yang kemungkinan buta dan tidak peka atas keburukkan Muhammad Muhd Taib. Muhammad Muhd Taib masih lagi berbau kebusukkannya, sudah mahu dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden. Kebusukkan Muhammad Muhd Taib masih belum hilang lagi. Skandal, rasuah  dan perolehan harta yang melebihi dari kadar sepatutnya masih dibahu Muhammad Muhd Taib dan kerendahan moralnya sepatutnya MENIDAKKAN BELIAU DARI LAYAK MENJAWAT JAWATAN NAIB PRESIDEN.

 

HARTA YANG MELAMPAU

Tidak dapat dinafikan bahawa harta beliau yang melampau BUKAN PEROLEHAN beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau takkala itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau. Merujuk kepada penangkapan beliau di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing DIMAKLUMKAN kepada kami bahawa skandal itu ada hubungkait dengan penerimaan wang bayaran saguhati untuk cadangan pembangunan tahah di salah satu mukim dalam Selangor. Makluman yang turut diterima adalah peranan beliau dan Datuk Aini dengan METRO KAJANG yang mana cadangan pengambilalihan Tanah Pejabat Pentadbiran Dearah untuk dibangunkan. Kedudukkan ini JELAS MENUNJUKKAN bahawa kekuatan kewangan beliaulah yang digunakan untuk mempermainkan isu pemilihan/pencalonan Naib Presiden kali ini. Muhammad Muhd Taib sekarang sibok “shopping” untuk membeli Bahagian dan pencalonan. Datuk Aini yang DAHULUNYA DIAMBIL TINDAKAN DISPLIN ATAU PERMAINAN POLITIK WANG  menjadi contoh kebiadapan politikus Selangor khususnya Bekas Menteri Besar Selangor ini.

Kebusukkan mereka ini khususnya Muhammad Muhd Taib tidak melayakkan beliau untuk terus diberi mandat memegang jawatan Naib Presiden UMNO. Apakah orang sebegini mahu di lantik menjadi pemimpin. UMNO akan lebih terserlak lagi dengan parti berlandaskan wang sekiranya beliau dicalonkan dan menang. Apakah UMNO ketandusan pemimpin sehingga yang busuk dan yang serong pun hendak dilantik semula. Kita sedar dari riak dan raut Muhammad Muhd Taib beliau amat berkarisma sekali, bijak bertutur dan pandai memanipulasi keadaan. Tetapi AWAS kekuatan wang dan kumpulan dibelakang beliau yang rata-rata telah dimewahkan dengan material akan membuat golongan UMNO buta dan terus memberinya lessen untuk menambahkan harta beliau. Negeri Selangor penuh dengan pelbagai potensi pembangunan. Apa yang diperlukan adalah potensi ini dapat dirasai dengan adil oleh rakyat Selangor. Selangor mempunyai potensi yang lebih lagi sekiranya kepimpinan korup seperti Muhammad Muhd Taib disingkirkan. Kita harus punyai peminpin berjiwa rakyat bukan pelahap harta rakyat. Muhammad Muhd Taib TIDAK BERJAYA MEMBERSIHKAN NAMANYA DENGAN KES RASUAH. “Selective Persecution” dan impak politik menyelamatkan beliau dari didapati BERSALAH. Jumlah wang yang banyak masih tidak dapat DIJUSTIFIKASIKAN. Muhammad Muhd Taib TIDAK HARUS DIBERI LESEN merompak harta rakyak. Agaknya bagi UMNO tidak mengapa. Asalkan bayar kita sokong. Asalkan dapat di pangkah. Maruah.moral dan rakyat tolak tepi.

SKANDAL ANAK MUDA

Bila wang menjadi penentu UMNO akan hancur dan negara akan tersungkur di tangan pelahap-pelahap pemimpin seperti ini. Wang menjadi penentu dan keseronokkan menjadi agenda kedua. Anak tua yang berjiwa muda ini ( Muhammad Muhd Taib ) tidak ketinggalan mewarnakan hidupnya dengan menikahi anak Sultan Selangor (Ku Yah atau Joan Collins) tanpa keizinan, lebih kurang melarikan anak orang. Hebat dan sensasi cerita itu. Muhammad Muhd Taib penuh skandal yang nampak atau yang terselindung. Berfoya dengan kemewahan yang ada adalah agenda utama tapi malang rakyat yang duduk berbumbungkan awan dan bermandikan hujan tidak langsung menjadi perhatian. Kalau pembinaan rumah kos rendah maka leftenan-leftenan beliau akan mengaut untung dahulu. Yang paling anehnya bila dimahkamah maka isteri beliau yang satu tu lah yang ada. Bagi Muhammad Muhd Taib saman dan bayaran bagi ganti rugi perkahwinannya dengan Ku Yah perkara kecil. 1-10 juta hanya mainan. Banyak towkay yang boleh cover.  Kekadang kesian tengok isteri beliau yang dilanda krisis rumah tangga sementara suami sibuk dengan aktiviti skandalnya. Inikah kepimpinan UMNO. Sudahlah UMNO sekarang penuh dengan kontroversi dan kepimpinan tertinggi UMNO yakni Mahathir penuh dengan kezaliman kehadiran Muhammad Muhd Taib akan merancakkan lagi keserongan dan kehinaan parti itu. Apa nak dikata, dah resam UMNO. Dengan kekotoran Muhammad Muhd Taib pun ada juga bahagian yang kelabu mata mahu mencalonkan beliau sebagai kepimpinan dalam UMNO. UMNO bukan sahaja sudah buruk malah menjadi lebih jijik lagi dengan kehadiran pemimpin seperti ini.UMNO tidak serik-serik menjaga kroninya dan setiap perbuatan jahat mereka masih tidak boleh dimaafkan.Mereka seakanakan tidak sedar dosa dan keburukkan yang telah mereka lakukkan. Muhammad Muhd Taib masih berselindung dengan kononnya Mahkamah mendapati beliau tidak bersalah tetapi hakikatnya tidak boleh disembunyikan. Muhammad Muhd Taib TIDAK JUJUR BUKAN SAHAJA PADA RAKYAT NEGARA INI MALAH BIAR PADA KELUARGANYA SENDIRI.  Ini bukan sikap pemimpin malah orang seperti Muhammad Muhd Taib harus dipimpin. Keburukkan perangai beliau, skandal dan berfoya-foya serta amalan rasuah beliau harus dibenteras dan beliau TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN NAIB PRESIDEN.