HAPUSKAN DASAR PANDANG PADA MAHATHIR

SELAMATKAN MALAYSIA DARI DISWASTAKAN OLEH MAHATHIR

 

Rakyat Malaysia,

 

Jelas sekali Mahathir cuba mengukuhkan kuasa dan menyelamatkan diri dan kroni kroninya dari kecundang semasa pilihanraya telah mengunakan "advantage" media bagi memulakan kempen untuk memenangi hati rakyat dengan mengungkit pemberian pemberian Barisan Nasional kepada mereka. Jangan tertipu, segala pemberian adalah agihan kemewahan yang dicapai oleh semua rakyat malaysia dan BUKAN PEMBERIAN BARISAN NASIONAL.

Malaysia dibawah Mahathir telah diswastakan. Bukan agensi kerajaan diswastakan TETAPI Malaysia sendiri diswastakan dengan pemegang saham utama terdiri dari kroni kroninya. Pengswastaan Malaysia telah dilaksanakan bagi menyelamatkan kroni dan kaum keluarga mereka. Pengswastaan MALAYSIA dilakukan dengan begitu teliti sekali dengan kuasa wang dipegang keseluruhannya oleh beliau dan kroninya. Dengan keupayaan wang yang diterima dari rakyat maka kuasa keseluruhan baik ekonomi dan politik dipegang oleh mereka.

Pemimpin kerajaan khususnya ahli Majlis Tertinggi dan anggota kabinet sekarang terdiri dari mereka yang memegang kepentingan dalam beberapa syarikat besar. Mereka memerlukan kuasa bagi menjamin kekukuhan konsep pengswastaan Malaysia untuk kepentingan peribadi mereka. Pengswastaan Malaysia adalah diumpamakan seperti penjualan maruah dan harta negara kepada beberapa orang rakan kroni mereka. Mereka adalah Lembaga Pengarah Pengswastaan Malaysia dan mereka jugalah pemegang saham utama.

Lihat sahaja kekuatan syarikat milik mereka,khususnya Daim Zainuddin, Mahathir dengan keluarganya serta beberapa ahli kroninya, syarikat ini semasa kegawatan ekonomi terpaksa dibela dengan hasil dan simpanan rakyat. Mereka penentu dan samada rakyat setuju atau tidak mereka mengunakan KWSP dan Lembaga Tabung Haji demi membayar hutang puitang keluarga mereka. Mereka penentu undang undang dan mereka jugalah yang menentukan perlembagaan. Rakyat tidak penting. Apabila rakyat meminta Dr Mahathir letak jawatan,rakyat akan didera dan dipenjarakan. Apakah ini negara atau syarikat .

Dalam negara semua kuasa adalah kepunyaan rakyat dan Malaysia adalah hak rakyat. Malangnya Malaysia tidak! Menghalang kebebasan bersuara, manipulasi media dan pencabulan undang undang merupakan permainan mereka. Mereka seolah olah punya kuasa mutlak dan rakyat tidak harus mengadili atau menegur kesumbangan perlakuaan mereka. Ini bukan negara yang merdeka. Ini tidak lebih seperti :

 

MALAYSIA SENDIRIAN BERHAD

 

Haruskan Malaysia diswastakan oleh mereka? Haruskan kita rakyat Malaysia menjadi hamba dinegara sendiri. Apakah kita harus hidup dalam ketakutan apabila kita tidak bersetuju dengan perlakuaan mereka. Apakah rakyat tidak punyai hak untuk membantah sebarang rang undang undang yang tidak difikirkan sesuai oleh rakyat. MALAYSIA SDN BHD adalah impian mereka dan setakat ini memang telah dilaksanakan oleh mereka.

 

JANGAN BIARKAN kita menjadi pekerja kontrak untuk mereka. Dr Mahathir telah memulakan usaha membeli rakyat kita bagi mendapatkan kuasa otonomi dalam memerintah Malaysia Sdn Bhd yang mereka cipta. Kita perlu tentang! Kita perlu hapuskan KONSEP MALAYSIA SDN BHD

 

Fikirkan lah

 

Komentar (20hb Feb 1999)