Make your own free website on Tripod.com

TIADA ANGIN,TIADA RIBUT GUGUR SATU BAHAGIAN ANGKARA SURAT ALA DIKTATOR SDR ANNUAR TAHIR

KOMENTAR 26/1/2000

Komentar telah menerima satu email yang dihantar dari seorang (indentiti ditahan) yang ada dalam Bahagian Wangsa Maju. Email tersebut memaklumkan bahawa satu surat telah dihantar kepada Ketua Bahagian Wangsa Maju yang memaklumkan bahawa Mesyuarat Bahagian Wangsa Maju telah dibatalkan tanpa alasan kukuh. Surat tersebut memaklumkan bahawa MPT telah bermesyuarat sungguhpun melalui makluman yang diberi keputusan tersebut tanpa rujukkan kepada Ketua Bahagian. Dimaklumkan kepada Komentar surat tersebut adalah seperti seorang diktaktor mengeluarkan arahan yang tidak boleh diubah. Surat tersebut akan dihantar kepada kami, mengikuti penghantar email tersebut sebaik sahaja beliau dapat "scan" surat tersebut. Komentar turut dimaklumkan bahawa walaupun hampir 7 bahagian dalam Kuala Lumpur bergolak sehinggakan ada mesyuarat yang dilarikan dari pejabat bahagian ke tempat lain untuk menghalang agar ianya dihadiri oleh hampir 80% AJK Penaja ia tetap disahkan.

Kes seperti ini juga dimaklumkan kepada Komentar berlaku kepada Ketua Perhubungan Negeri Serawak bila beliau hanya mendapat maklumat penyingkiran dan pembubaran Perhubungan Negeri melalui surat kabar. Setelah lapuran dihantar kepada Annuar Tahir, Komentar dimaklumkan Sdr Annuar Tahir pergi ke Serawak untuk berjumpa BUKAN Ketua Perhubungan Negeri tetapi mereka-mereka yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. Ini jelas satu sikap yang paling hina dalam keadilan.

Perkara-perkara seperti ini berlaku dibeberapa Bahagian dengan motif untuk memancung Ketua-Ketua yang memberi saingan kepada mereka atau tidak sehaluan dengan cita-cita mereka. Komentar berjanji akan melapurkan seadil-adil nya surat diktaktor Annuar Tahir dan siapa yang mendalangi pemancungan Ketua Bahagian Wangsa Maju yang pernah ditahan dalam akta kejam ISA demi perjuangan Sdr Anwar Ibrahim.

Kita tidak boleh berkompromi dengan agenda perubahan kita menuntut keadilan baik dalam parti atau luar parti.

KOMENTAR- sedih tiap kali reformis yang memegang jawatan disepak dan dihina oleh politikus yang beragenda tersendiri.