Make your own free website on Tripod.com

KOMENTAR BARU TERASA BETAPA SUSAHNYA SDR ANWAR IBRAHIM

Komentar 24/2/2000

Terkadang kekecewaan dirasai oleh Komentar. Kekadang Komentar tidak faham kenapa yang buruk tetap diperjuangkan oleh ahli Barisan Nasional khususnya UMNO. Kekadang Komentar terasa bosan melihat mereka yang masih bersengkokol dengan kemungkaran tetapi mengaku pejuang tulin. Kekadang Komentar tertanya kenapa bila kebebasan bersuara dalam internet ini di abaikan dan terus tersekat dan sekatan ini datang dari diri sendiri dan bukan oleh mana-mana pihak. Kekadang Komentar menjerit sendiri tertanya kenapa ahli UMNO GAGAL nampak kezaliman dan ketidakadilan.

Kini JELAS, kini Komentar faham. Sebenarnya kehairanan Komentar terjawab apabila dalam parti sendiri walaupun ada antara mereka yang tahu tentang kemungkaran dan ketidakadilan TETAP menyokong untuk mendapat pengaruh tanpa memperdulikan hakikat kebenaran. Mereka tahu ketidakadilan tetapi terus menerus menyokong dan TAKUT untuk menyuarakan kebenaran sebenar. Nyata ini adalah lumrah . Itulah sebabnya walaupun nampak ketidakadilan baik dalam Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif kita terus mendiam. Bisu dan takut menyuarakan kebenaran. Yang lebih menghairankan walaupun diberi kebebasan bersuara tetapi kerana mahu membodek maka kebebasan itu diabaikan.

Sedih dan hiba kita lihat perkara ini berlaku juga dalam keADILan. Oleh itu mungkinkan Komentar salah dalam mengutuk ahli UMNO yang masih menyokong ketidakadilan dan kezaliman dalam UMNO kerana dalam parti sendiri himpunan manusia ini masih ada dalam parti.

Nampaknya di alam siber ini Komentar bersendirian memperjuangankan keadilan sebenarnya dan mahu berusaha membersihkan keADILan dari melaksanakan ketidakadilan dan kezaliman. Tidak mengapalah mungkin inilah perasaan Sdr Anwar Ibrahim semasa dalam kerajaan dahulu.

KOMENTAR