Make your own free website on Tripod.com

TERASA SUNYI DUNIA INI

Olahan Komentar (hasil luahan OKT 28/2/2000)

Terasa sunyi benar hari ini. Hukum telah dijatuhkan dan kini saat menunggu keputusan rayuan.Teringat masa berreformasi dahulu apabila semangat melampaui ketakutan. Kini masing-masing tidak ada disisi sedang aku menanti saat yang penuh dengan emosi. Aku tidak kesal kerana kehadiran ini adalah atas ijazah perjuangan. Cuma kekadang terasa sepi kerana seolah-olah tidak ada sesiapa yang sanggup berkongsi perjuangan ini. Kekadang terasa juga bahawa apa yang dilalui terlalu kecil berbading dengan tahanan-tahanan ISA dan pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Mungkin ini cuma peyedap perasaan kerana sekiranya gagal maka 3-5 bulan aku akan berpisah dengan keluarga dan masa itu jugalah kelahiran anak yang tidak dapat disambut oleh bapa nya.TETAPI aku tidak KESAL. Aku perjuangkan masa depan anak itu nanti. Agar mereka lebih terbuka kepada keadilan. Agar hidup lebih harmoni dengan perubahaan. AKU TIDAK KESAL. Sekiranya hari ini dijatuhkan hukum nescaya aku akan kembali menerajui REFORMASI dengan lebih gigih lagi. Apa yang terasa hanya sunyi. APA YANG HANYA BOLEH AKU LAKUKAN ADALAH BERSERAH PADA TAKDIR DAN UCAPAN TERIMA KASIH PADA SUARAM KERANA SUDI MEMBANTU SAYA.

KOMENTAR HORMAT PADA SEMUA OKT YANG TERBABIT. KALIAN ADALAH PEJUANG TULEN