Make your own free website on Tripod.com

SETIAUSAHA AGUNG YANG MUDAH DIPERLEKEHKAN

Komentar 27/1/2000

Penganalisaan Komentar dari beberapa artikel/dokumen yang dihantar jelas menunjukkan kewibawaan Setiausaha Agung Sdr Annuar Tahir tercalar dimata beberapa Bahagian Parti Keadilan Nasional di seluruh Malaysia ini. Bukan sahaja kewibawaan tetapi kekuatan peribadi diri langsung tidak menunjukkan ketokohan beliau. Komentar sudah menerima "scan" surat dari beliau buat beberapa bahagian dan perhubungan negeri. Jelas dan tepat dakwaan Komentar kalau niat itu terpesong maka kerja-kerja hasil perlakukan beliau nampak songsang. Surat ala diktaktor yang Komentar tulis nyata benar dan dakwaan bahawa Sdr Annuar Tahir tergolong dari mereka yang jelas samada tidak tahu membuat kerja atau mempunyai niat disebaliknya. Salah satu "scan" surat tersebut masih dalam pegangan Komentar dan akan Komentar siarkan sekiranya keruncingan parti menjadi amat kritikal. Walaupun ia telah memasuki ketahap kritikal tetapi dokumen-dokumen tersebut akan menjadi asas bukti bahawa beliau harus dipersalahkan dan harus memikul tanggung jawab atas perbuatan songsang yang tidak langsung menampakkan keadilan. Sdr Annuar Tahir,perjuangan ini adalah bagi memumpaskan musuh yang ada disekeliling kita, kawan dan reformis yang menjadi nadi parti ini. Jangan sampai satu ketika REFORMASI JALANAN diubah tempat ke Phileo Damansara. Komentar masih ingat lagi apabila Sdr dengan angkuhnya cuba melarikan diri semasa diburu oleh satu bahagian diKuala Lumpur.Komentar ketawa dan mengulas kepada mereka yang hadir, lain kali bagi tahu Annuar Tahir jangan menipu.

Sdr beberapa dokumen tentang penyelewengan Mesyuarat Bahagian Segambut yang dirasmikan oleh Sdr selaku MPT. Ingat, semua ini akan menjadi pameran sejarah perjuangan hina sdr. Keputusan yang jelas menjijikkan dibuat walau Sdr sendiri tahu asas perjuangan ini adalah keadilan. Sekiranya keadilan tidak dapat Sdr tunjuk maka tepuklah dada tanya selera.

Bagi memastikan sdr sedar dan percaya kepada kesahihan fakta ini rujuk salinan fax sdr terhadap satu desakan untuk melapurkan kepada polis kepincangan dalam pentadbiran Ketua Bahagian yang secara tidak langsung disahkan oleh sdr.

KOMENTAR AKAN TERUS MEMBERSIHKAN PERJUANGAN PARTI HARAPAN SDR ANWAR IBRAHIM AGAR MEREKA YANG BERAGENDA TERSENDIRI TIDAK MENIPU PERJUANGAN INI DAN SDR ANWAR IBRAHIM.