ANWAR MASIH TERPENJARA

Komentar 29/12/99

Biar apa pun kedudukan pilihanraya yang baru lepas sesuatu yang pasti ialah Anwar masih lagi terkurung di Sg Buluh. Politikus keADILan perlu sedar bahawa garis pengukur kemenangan kita adalah pembebasan Sdr Anwar Ibrahim. Kita perlu bangkit dan memastikan bahawa pembebasan Anwar adalah penentu kemenangan. Apakah kita sedar biar apa pun statistik yang ada, terpenjaranya Anwar Ibrahim merupakan satu kegagalan kita dalam memperjuangkan keadilan. Selagi Anwar terpenjara selagi itu nilai keadilan Malaysia adalah ditahap yang memalukan. LAWAN TETAP LAWAN adalah motto perjuangan kita, sumpah keramat pemuda merupakan pegangan pelapis muda kita dan pembebasan Anwar Ibrahim adalah kemenangan keadilan Malaysia. Ini harus ditegakkan dengan berani tanpa kompromi. Pemimpin keADILan harus memegang nilai perjuangan yang asal dan tidak dipengaruhi oleh agenda politik serta cita-cita politik tersendiri. Kita mesti berani dalam mengenepikan mereka yang jelas tidak menuruti prinsip perjuangan kita. Kita laksanakan keadilan dalam keADILan. Kita semestinya memperbaharui tekad dan semangat kerana perjuangan kita belum tamat. Perjuangan kita perlu diteruskan dan dalam itu musuh dalaman kita PERLU DIHAPUSKAN.

Komentar mengesa Sdr Ezam Mohd Noor selaku Ketua Pemuda keADILan memulakan langkah menjernihkan Parti Keadilan Nasional dari dinodai oleh mereka yang berpura-pura berjuang demi untuk mendapat tempat dalam keADILan.

Gesaan ini akan diteruskan kerana langkah ini perlu diambil sekarang sementara kita mengariskan langkah seterusnya dalam usaha membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.

Komentar percaya parasit yang ada dalam keADILan inilah yang bakal mengagalkan sebarang usaha kita untuk menjana kejayaan.

SDR EZAM,

Musuh kita, KERAJAAN BN yang memerintah lagikan ditentang inikan pula musuh dalam parti yang tidak seberapa. Bangkit Pemuda keADILan, singkirkan mereka yang mempunyai kepentingan sendiri.

KOMENTAR