Make your own free website on Tripod.com

SEKALI LAGI MEREKA BIADAP PADA BAPA REFORMASI ? BIADAP YANG TERANCANG.

Komentar 18/2/2000

Komentar pernah menerima satu berita yang memberi indikasi agar Ketua Perhubungan Negeri Sarawak yakni Yusoff Rahman dikekalkan sebagai Ketua Perhubungan Negeri Sarawak.Ini menunjukkan bahawa keADILan SARAWAK akan menemui sinar yang selama ini mengelapkkan keadaan disana. Walauapapun dimaklumkan kepada KOMENTAR bahawa cahaya ini masih belum kesampaian. Chandra dan Anuar Tahir telah merangka satu Jawatankuasa Penyiasat untuk menyiasat 3 negeri yakni:

1. Sarawak

2. Terengganu

3. Pahang

Apa yang jelas ialah Jawatankuasa ini dibentuk untuk mengengkari keputusan dan saranan Bapa Reformasi kita yang lebih matang dalam arena politik. Chandra dan Anuar Tahir akan mula bertindak dan kini tindakan mereka berselindung dibelakang Jawatankuasa ini. Sikap buruk mereka telah jelas dimata MPT. Malang MPT lain masih berdiam dan buta kepada kebenaran. Chandra dan Anuar Tahir tetap mencaturkan politik mereka. Sedang kegiatan itu dijalankan mereka lupa pada perjuangan sebenar dan lupa bahawa REFORMIS akan bangkit juga satu hari nanti menentang mereka. Jangan cabar reformis kerana pada reformis hanya ada satu agenda yakni REFORMASI.

MPT lain diminta menyelami satu perpatah melayu yang boleh juga ditujukan kepada jentera polis negara ini dan Badan Pencegah Rasuah.

Gedang gendut tali kecapi

Kenyang perut senang hati

Ditambah pula oleh Komentar

Buat diam dan buat tak reti

Asal duduk dalam MPT

BANGKIT REFORMIS, BANGKITTTTTT

KOMENTAR