Make your own free website on Tripod.com

SERAWAK TERUS TERTEKAN

Komentar 10/2/2000

KeADILan Serawak terus tertekan. Lapuran THE STAR pada hari ini 10/2/2000 terus mengambarkan keadaan yang tidak selesa di Serawak. Kemungkinan kenyataan THE STAR ini adalah hasil dari mesyuarat Biro Politik keADILan yang baru dilaksanakan pada 9hb Febuari 2000. Kenyataan THE STAR bahawa Sdr Anuar Tahir telah pergi untuk menyelesaikan masalah tersebut nyata kurang tepat. Sdr Anuar Tahir tidak ke Serawak untuk mendengar rintihan kedua-dua belah pihak. Beliau kesana untuk mendengar sebelah pihak sahaja dan rintitan dari itu akan terus mengeluarkan notis "death certificate" nya kepada Reformis Yussoff Rahman. Komentar dengan bantuan email dan lapuran sedia ada terus membongkar kedudukkan disana. Dimaklumkan kepada Komentar bahawa hasrat mahu menumbangkan Yussoff Rahman memang telah ada semenjak sebelum pilihanraya lagi. Yussoff Rahman yang dikenali ramai oleh reformis Kuala Lumpur adalah antara beberapa pemula gerakan reformasi. Memang lumrahnya keADILan, perebutan kuasa senantiasa berlaku dan dari apa yang dimaklumkan bahawa hasil permainan Sharifah Mariam anak kepada Datuk Wan Yusuff maka Sdr Yussoff Rahman serta AJK Perhubungan Negeri terus digantung tanpa sebab diberikan. Sdr Anuar Tahir dengan death certificate terus mengantung keADILan Serawak. Keadaan ini berlaku sebelum pilihanraya dan sekarang Datuk Hapsah terbabit juga dengan peranan menjatuhkan Ketua Perhubungan Negeri Serawak. Sdr Anuar Tahir sekali lagi tersenarai sebagai mereka-mereka yang akan menjalankan hukuman gantung sampai mati Ketua Perhubungan Negeri Serawak. Kenapa begitu sekali buruk permainan politikus-politikus ini? Perjuangan kita terpesong dari menentang kezaliman kerajaan kepada lawan tetap lawan sesama sendiri. Lapuran Serawak ini juga telah menyingkap beberapa MPT lain yang telah mula cuba dan telah disodok dengan segala cerita termasuk kewangan dalam usaha menjatuhkan Sdr Yusuff Rahman. Komentar rasa terkecewa dengan permainan politik kotor beberapa kerat mereka. Perjuangan yang dahulunya amat bersemangat kita dikendurkan oleh mainan politik. Dimaklumkan lagi beberapa MPT turut berhasrat menolak Yusoff Rahman dari Serawak semata-mata kerana terhutang budi pada Sharifah Mariam. Nasihat Komentar kepada MPT lain:

AWAS MAINAN POLITIK WANG, JANGAN SAMPAI TERHUTANG BUDI MAKA MANGSANYA ADALAH KEADILAN SENDIRI.

Komentar juga diminta meninggalkan satu pesanan :

Sharifah Mariam TIDAK PAYAHLAH NAK SPONSOR ITU DAN INI. KALAU PERANGAI BEGITU JOM PAKAT JOIN BARISAN MAHAZALIM

Komentar