BILA MAHATHIR TERSEPIT

DAN TERDESAK

Ceramah manusia terdesak dilakukan oleh UMNO dan di terajui oleh Mahahtir dilaksanakan semalam pada 22hb March 1999 di Kedah. Mahahtir telah melaksanakan langkah terakhir beliau dalam usaha mendapatkan simpati takyat untuk membolehkan beliau memegang teraju pemerintahan negara buat 5 tahun lagi. Kenapa ini perlu dilakukan oleh Mahathir. Apakah punca Mahahtir sanggup menerima kritikan dan cemuhan rakyat tetapi masih mahu tetap berkuasa. Jawapan nya mudah, Mahahtir terdesak. Kekotoran yang telah dilaksanakan oleh beliau dan kuncu kuncu beliau harus dibersihkan. Sebarang bukti atau sebarang kegiatan serong harus dipadamkan terlebih dahulu sebelum mengundur diri secara terhormat. Selagi pembersihan belum dilaksanakan maka Mahahtir akan memegang terus kepada kuasa. Mahathir tidak mahu menghabiskan saat terakhir beliau di Penjara Sg Buluh. Beliau dan kuncu beliau akan terus berusahan biar ini mengorbankan bangsa dan negara kita. Beliau dalam ceramah nya di Kedah terpaksa menipulasikan kebenaran bagi memegang kuasa. Beliau telah mula mempengaruhi rakyat dengan memburuk burukkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim . Beliau meletakkan parti PAS sebagai opportunis. Beliau sekali lagi dalam ceramah beliau menjatuhkan hukuman bersalah keatas Sdr Anwar Ibrahim. Tindakan ini menampakkan kesempitan beliau dan betapa terdesaknya beliau dalam meraih undi.

Walau apa pun tektik buruh atau kotor ini berkemungkinan memberi kejayaan tidak halal kepada beliau. Masyarakat yang hadir tidak diberi peluang bertanyakan kabar Tan Sri Rahim Noor , cara pengendalian kes Anwar Ibrahim dan kecacatan perundangan Malaysia.

MAHATHIR BERHARAP RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS LEKA DENGAN KEMUDAHAN PEMBANGUNAN DAN BALASAN KEMEWAHAN PEMBANGUNAN ADALAH DENGAN MENGADAI MARUAH BANGSA.