SEMUA BARU

 

Terdengar kita konsep Malaysia Baru yang ungkapkan oleh Ketua Pemuda PRM. Beberapa ungkapan baru turut didengari semasa pemerintah BN. Antara lain adalah Melayu Baru. Apakah dia pembaharuan ini? Pembaharuan apakah yang sebenarnya harus kita tujui dan meletakkan ianya sebagai satu wawasan. Penekanan pembaruan ini harus diselaraskan dengan mengenalpasti pembaharuan apakah yang diinginkan oleh kita. Apa yang jelas bagi kami adalah tuntutan perubahaan sebelum pembaharuan. Perubahan akan membawa pembaharuan dan pembaharuan ini lah yang akan membawa pembangunan. Lantas mengenal pasti perubahan itu perlu. Dengan ketepatan gesaan pembaharuan dengan laungan reformasi maka sesuatu yang jelas ialah rakyat menutut perubahan dari sistem yang ada sekarang ini kepada sistem baru. Merombak jentera pemerintahaan yang wujud sekarang ini kepada satu jentera yang baru dan berkualiti tinggi. Bagaimanakan perombakkan tersebut dapat direalisasikan? Bolehkan pembaharuan ini di jalankan tanpa kuasa dan tanpa mandat yang diberi oleh rakyat. Sudah tentu tidak. Keperluan kuasa adalah penting dalam merubah arus tuju negara ini. Mengenalpasti hakikat ini maka kuasa harus diperolehi dan kuasa ini dapat melaksanakan perubahan dan ianya akan menjana pembaharuan dan insyallah pembangunan. Dengan itu haruslah kita bersedia untuk memberi kuasa pada kerajaan alternatif kerana kerajaan inilah yang akan melaksanakan semua perubahan dan pembaharuan demi keadilan sosial yang sejagat. Fikirkan lah! Kita perlu bersatu dan hanya dengan cara ini wabak kroni dan nepotisma Mahathir dapat terhapus. Mari kita bersatu.