KENYATAAN SAIFUL BAHARI MOHAMED (PAS) MEMILUKAN

 

KOMENTAR

 

Kenyataan Saiful Bahari Mohamed dipetik sebagai berkata

 

"Jangan terikut ikut dengan keadaan semasa,nanti ibarat sampah terikut ikut hanyut ke hulu ke hilir"

 

" Nanti PAS yang berpeluk ketiak tetapi orang lain yang dapat untung"

 

Kenyataan yang dibuat oleh Sdr Saiful Bahari Mohamed amat memilukan perjuangan kita dalam menuntut dan menyahut laungan REFORMASI. Kenyataan sebegini adalah kenyataan yang kurang bijak dalam usaha kita menyatukan Barisan Keadilan yang mengabungkan semua parti alternatif . Kita mahukan kerajaan sekarang tunduk kepada desakan rakyat dan bukan desakan individu kepimpinan satu-satu parti. Kita menuntut keadilan dan bukan bemain politik semata mata kerana agenda tersendiri. Tugasan kita bukan mudah. Tugasan kita amat berat dan PAS sendiri tahu akan betapa berpeluhnya ketiak mereka selama ini namun kejayaan memerintah Malaysia masih jauh dari harapan pencapaian. Detik timbulnya reformasi laungan Anwar Ibrahim tidak hanya menyaksikan peluh golongan reformasi tetapi melibatkan tumpahan darah dan pengorbanan menyeluruh pendokong reformasi. Mereka yang sebelum ini tidak melibatkan diri dengan politik turut serta menyertai perjuangan hasil laungan dan pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Pukulan fizikal dan serangan politik telah dibuat keatas Sdr Anwar Ibrahim namun TIDAK SEKALI KALI beliau mengungkit peluh,darah dan pengorbanan yang dilakukan. Harapan beliau masih tertumpu kepada perjuangan menuntut keadilan dan menghapuskan kezaliman. Beliau mahu satu penyatuan dan dengan penyatuan inilah maka rakyat negara ini mampu mengilhamkan satu bentuk pembaharuan dengan cita cita dan harapan agar keadilan dapat dikecapi.

Sdr Saiful Bahari Mohamed harus cuba membawa kesemua rakyat dalam apa platfom parti pun untuk menjaya cita cita dan harapan kita menuntut keadilan.

Janganlah dikira lelehan peluh dibawah ketiak beliau dan ukuran keuntungan yang boleh diperolehi sahaja.