MAAF KAMI PINTA,

KOMENTAR SENDIRI TERASA AMAT TERTEKAN,

SEBAGAI MANUSIA BIASA KAMI MULA HILANG KESABARAN,

TAMBAHAN JELAS DAN NYATA KEADAAN TIDAK DAPAT DIBAIKI DENGAN CUMA MEMBIARKAN PERBICARAAN SDR ANWAR DILAKSANAKAN TANPA KEADILAN.
 
 

FABRICATION of the entire proceeding, they keep creating evidence which has no logic/proof except to tarnish the image of Sdr Anwar Ibrahim. The truth are keep aside, the questionable issue - not been answered. MUST WE JUST WAIT!
 
 

TIDAK,
 
 

Masa tidak lagi mengizinkan, perbicaraan tidak dilakukan seadil mungkin, kenyataan polis walaupun jelas dari awal meragukan tetapi diteruskan. Anwar PASTI akan didapati bersalah. Kerana semua telah ditentukan oleh mereka yang berlagak seperti TUHAN dimuka bumi yang fana ini. Apa usaha kita lagi. Kami rasa seolah olah laungan ini tanpa didengari oleh mereka, dan terkadang terasa masa dan usaha ini sia sia.
 
 

Mereka mencipta butir butir yang nyata palsu, yang nyata tidak benar, dan nyata telah di susun dengan rapi. Siapa pakar mereka yang membuat ujian keatas tilam tersebut. Kalau tidak mereka yang telah diupah oleh kerajaan, Semua ini dicipta dan kita hanya melihat dan seolah olah kaku dan kelu. Kami mahu lakukan sesuatu yang lebih dari menulis dan menyertai demonstrasi. Kami mahu turut menentang secara terbuka dengan platform yang sahih. MULAKAN, JOM MULAKAN.
 
 

Kerana kami tahu kezaliman ini pasti diteruskan mereka.
 
 

Kerana kami benci dan tidak sanggup lagi melihat riak sombong mereka.
 
 

Kerana kami tidak sabar lagi melihat mereka pula dibicarakan.
 
 

Kerana kami mahu lebih dari balasan akhirat buat mereka.
 
 

Kerana kami mahu mereka dicerca dan dihina atas perbuatan yang mereka sendiri lakukan dan mulakan.
 
 

KAMI MAHU BERJUANG. KAMI MAHU SEMUA INI BERAKHIR DENGAN MEREKA SEMUA JATUH DAN DIHINA
 
 

MAAF KESABARAN KAMI TERLUCUT SEMENTARA. BIARLAH BIARLAH, BIARLAH KEMARAHAN INI BERGANDA KERANA KEKADANG KAMI RASA KEMARAHAN INI PEMBAKAR SEMANGAT KAMI. KAMI TAKUT KAMI JUGA TURUT LUNTUR DIMAKAN MASA. BIARLAH KEMARAHAN INI PENYALA SEMANGAT KAMI.
 
 

ADAKAN KAMI SENDIRIAN DALAM INI. APAKAH LAUNGAN SEMUA KITA TIDAK DIHIRAUKAN. APA LAGI DAYA KAMI. APA LAGI........................................
 
 

Tuhan selamatkan kami.....................
 
 

Maaf..kekadang menjerit dan meluahkan semua ini dapat memberi kelegaan sedikit.....maaf semua
 
 

Komentar