Salam Reformasi,

Komentar 31/12/99

 

Maka akhirnya Sdr Anwar Ibrahim tetap dipanggil untuk membela diri, dan para reformasi mula cuba mengembalikan demonstrasi aman disekitar Kuala Lumpur, laungan yang tidak sehebat dahulu tetapi tetap memberi kesan bahawa REFORMASI tetap wujud dan keadilan tetap diimpikan. Apakah kita akan terus bermimpikan keadilan, berharapkan bahawa keadilan akan dilaksanakan oleh pemerintah yang sekarang ini berlaku zalim,Apakah Sdr Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan konspirasi akan dibawa kemuka pengadilan? Apakah keadilan pada negara dan pada Sdr Anwar Ibrahim merupakan satu cita cita yang payah untuk kita capai. Apakah semangat kita akan terus berapi atau pudar dimamah waktu? Hari mula berganti hari, marah yang membara kelak akan sejuk dimatikan derita, cita cita akan menjadi satu harapan dan harapan akan punah dibaham kekecewaan. Lalu kemana kita. Kekadang kekecewa terasa jua dan kekecewaan ini lah yang akan menjadi pembunuh cita dan harapan. Kekecewaan pada manusia seperti kita akan berlarutan setelah berkali kali ia disulamkan kekecewaan. Apakan daya kita hanya manusia dan kuasa bukan ditangan kita. Apakah bunga bunga kelunturan cita cita kita sedang berputik ? Apakah kelunturan semangat kita telah bermula ? Apakah kepanasan bara semangat kita telah disejukkan dengan ketakutan. Apakah semua ini menujukkan kekalahan? Kekalahan kerana kepatahan semangat , kekalah kerana ketakutan dan kekalahan kerana tidak ada lagi pembakar semangat kita. Entahlah , sama sama kita fikirkan.

 

Komentar