Make your own free website on Tripod.com

REFORMASI ALAF BARU

Komentar 28/2/2000

Komentar hadir pada perjumpaan pagi ini menandakan/menunjukkan hormat Komentar pada pejuang reformasi yang akan dibicarakan pada hari ini 28/2/2000. Ramai kepimpinan keADILan , PAS dan gabungan Alternatif lain hadir kerana hari ini adalah hari perbicaraan mereka. Terdapat kelainan juga dalam reformasi dihadapan mahkamah hari ini. Reformis-reformis kali memakai "plaster mulut" dengan tulisan REFORMASI, LAWAN TETAP LAWAN dan LAGI TEKAN LAGI LAWAN. Reformasi kali ini tidak langsung menggangu ketenteraman awam dan mahkamah. Seolah-olah mesej yang hendak disampaikan adalah kerajaan kita sekarang ini mahukan rakyat yang bisu dan disamping meninginkan rakyat yang suara mereka terhadang dan tersekat.Jurugambar pada hari terkejut dengan reformasi tanpa suara kali ini. Dilihat secara mendalam dengan pemakai "plaster mulut" ini, ia melambangkan sekatan kebebasan bersuara yang menjadi teras kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO sendiri. Mereka terus memakai "plaster" tersebut sehingga Datin Presiden muncul dan bersalaman dengan mereka-mereka yang hadir untuk menunjukkan sokongan. Sungguhpun dari segi kehadiran amat membimbangkan tetapi cara perlakuan reformasi ini amat berkesan dan terus memberi satu indikasi bahawa kerajaan kita di Malaysia ini menahan kebebasan menyuarakan pendapat.

Syabas