Make your own free website on Tripod.com

25 JANUARI 2000

KOMENTAR

REFORMASI-REFORMASI-REFORMASI

Bergema semula laungan reformasi di Kuala Lumpur. Apa yang jelas semangat itu tidak hilang sepenuhnya. 11 orang yang ditahan adalah dari keluarga reformis yang tidak gentar dan tidak beralih agenda perjuangan mereka. Kalangan mereka terselit dua kepimpinan tertinggi parti dan yang pasti adalah Sdr Ezam Mohd Nor dan Sdr Tien Chua turut serta menjayakan agenda perubahan melalui desakan rakyat.Ini lah yang perlu kami lihat. Desakan rakyat di iringi oleh kepimpinan yang berani mencabar kerajaan agar perubahan segera terlaksana. Desakan ini perlu kerana desakan inilah pencetus kebangkitan rakyat seketika dahulu sehingga terbentuk Parti Keadilan Nasional. Desakan berbentuk perhimpunan aman ini disertai oleh mereka yang telus dalam agenda walaupun jelas kelihatan mereka yang tersembunyi dihujung-hujung jalan hanya mahu muka mereka dilihat oleh kepimpinan atasan tetapi takut kepada perjuangan sebenar. Sungguhpun perhimpunan ini tidak sebesar perhimpunan lain tetapi ia melambangkan bahawa desakan rakyat tetap ada dan tetap mantap. Kehadiran semula desakan ini sedikit sebanyak menganggu gugat mereka yang berjawatan dalam parti yang hanya hadir semata-mata untuk agenda politik tersendiri.

SYABAS SDR EZAM MOHD NOR DAN SDR TIEN CHUA

KEMBALIKAN SEMANGAT REFORMASI