SELAMAT HARI RAYA

Komentar 7/1/2000

Komentar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia. Komentar juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang pelanggan ADIL-NET yang telah menghadiahkan Komentar dengan virus komputer hanya telah menjejaskan dokumen-dokumen Komentar. Yang pasti kalau ia pun marah terhadap artikel-artikel Komentar kenapa tidak saja berpolimek secara terbuka. Hasrat Komentar adalah hanya memperbetulkan apa yang nampak kurang dalam Parti Keadilan Nasional. Salahkah kita menuntut keadilan biar dalam negara,dalam parti mahupun dalam rumah sendiri. Kita perlu lebih bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan. Kita menuntut keadilan jesteru itu kita harus telus dalam memperjuangkan dan mendokong erti keadilan. Komentar dalam usaha menjayakan agenda perubahaan yang memperjuangkan aspirasi Anwar Ibrahim akan terus memberi kritikan membina agar sebaik sahaja kita melangkah kearah pilihanraya ke 11 nanti Parti Keadilan Nasional telah matang dan mampu menjadi kerajaan baru insyallah.

Komentar dengan itu memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami di Komentar dalam memperjuangkan reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim

Komentar