Make your own free website on Tripod.com

BILA LAUNGAN MENJADI RAUNGAN

Komentar 1/2/2000

Laungan Reformasi takkala itu jelas bersemangat. Takbir dilaung-laungkan menjemput para pejuangan tanahair bangkit menyahut seruan pertiwi bagi membebaskan Malaysia dari sangkar kezaliman. Menjemput pejuang tanahair bangkit mencari keadilan yang telah disesatkan oleh pemerintah. Bangun sewaktu itu jaguh kita Sdr Anwar Ibrahim,maka beraliran manusia membanjiri Kuala Lumpur menyatakan keredhaan mereka memperjuangkan keadilan dan menuntut reformasi di dalam negara ini. Lantang suara itu membidas kerajaan pemerintah yang hanya bertuankan korupsi,kronisma dan nepotisma sebagai asas pemerintahan. Sayang jaguh kita Sdr Anwar Ibrahim dihumban kepenjara dan disitulah darah perjuangannya tumpah menitits akibat didera oleh bacul negara Tan Sri Rahim Noor yang sehingga kini bebas dengan dosa yang diperlakukannya. Bak kata Sdr Anwar "hilang satu Anwar , 1000 Anwar akan bangkit menetang. Jelas benar himpunan rakyat terus dijanakan. Hububalang Sdr Anwar berkeliaran membidas dengan tegas dan lantang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku. Hulubalang Sdr Anwar serta anggota pejuang tersebut dipukul dan didera oleh polis yang kononnya menjaga ketenteraman. Tanpa rasa takut hulubalang Sdr Anwar terus mara dan mencabar kewibawaan sistem ini. Dengan darah dan keringkat hulubalang Anwar ini maka jelas nampak kepincangan sistem yang ada dinegara kita ini. Kezaliman terus menerus dilakukan tanpa segan silunya. Hak-hak sebagai rakyat dibolosi dengan peruntukkan undang-undang yang diinterpretasikan mengikut kehendak mereka. Beberapa hulubalang ini terus dipenjarakan dan dihempaskan keatas mereka perundangan ISA. Hulubalang-hulubalang ini diseksa,dizalimi dan didera. Mereka dicerca,dihina dengan segala macam kezaliman dunia yang tidak pernah disaksikan oleh mereka. Darah mereka menitis setiap hari. Namun pejuang tulen ini tidak langsung menititskan airmata tanda kekesalan. Semangat pembelaan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan keatas Sdr Anwar Ibrahim menjadi semangat untuk mereka membuka kelopak mata yang semakin bengkak akibat dicium gengaman penumbuk pihak berkuasa. Tahanan ISA terus bersemangat seakan pukulan pihak berkuasa menjadi santapan pemberi tenaga buat mereka. Sekali-kali terdengar laungan semangat mereka memuji kebesaran Illahi. Kuasa -kuasa ini terus menerus mengganas dan memaksa mereka memberi keterangan yang boleh menghukum Sdr Anwar. Mereka engkar dan mereka harus bayar dengan darah mereka. Pukulan-demi pukulan mereka laksanakan, pujukkan demi pujukkan mereka taburkan tetapi para reformis yang sekarang di mertabatkan sebagai tahanan ISA terus menerus menegakkan perjuangan Sdr Anwar Ibrahim. Semangat rakyat terus membara. Disamping hulubalang-hulubalang yang terpejara dalam sistem perundangan ISA ada pun yang di nobat sebagai OKT kerana terlibat dalam menyuarakan perjuangan mereka. Aneh sekali, mereka sanggup mencalari hidup mereka, mereka sanggup berkorban,mereka sanggup disiksa,mereka sanggup dihina, namun untuk mengkhianati perjuangan Laungan Sdr Anwar Ibrahim,tidak sama sekali. Hulubalang-hulubalang ini akhirnya dibebaskan kerana apa sahaja yang dibuat,baik diseksa dan didera sekejam-kejamnya mahupun dipujuk mereka tetap setia pada perjuangan Sdr Anwar Ibrahim. Mereka keluar tetapi mereka tidak pincang. Mereka keluar tetapi semangat sedikitpun tidak luak. Mereka keluar tetapi sedikitpun tidak gentar. Mereka pegang pada laungan Lawan Tetap Lawan. Mereka bangkit dan mereka kumpulkan kembali kederat untuk meramaikan sokongan. Mereka terus membawa mesej bahawa Sdr Anwar Ibrahim tidak bersalah. Mereka membawa mesej bahawa keadilan memang telah dikhianati oleh kerajaan dan sistem perundangan kita ini telah dikotorkan oleh kepimpanan Malaysia. Sakit dan bisa-bisa dahulu belum sembuh,mereka sudah mengasah semangat. Bersedia untuk terus berjuang. Lantas atas platform perjuangan maka mereka diminta untuk menabur bakti berjuang melalui proses demokrasi yang kalanya benar-benar keras dan basi. Mereka bangkit ditempat masing-masing dan memulakan proses mengumpul tentera bagi menghadapi proses demokrasi. Mereka kita berhempas pulas memberi penerangan,mengumpul tentera dan menyiapkan jentera penggerak bagi merintis hutan kekejaman yang ada di Malaysia ini. Dicantas mereka segala keraguan rakyat. Di terangi mereka jalan perjuangan yang boleh membawa kejayaan. Di usahakan mereka segala cara,sistem bagi memulakan perjuangan bertanggakan demokrasi. Setelah segala pahat memahat siap dan segala kekuatan terkumpul mereka sudah mula untuk menentang kezaliman dan ketidakadilan dinegara ini. Hulubalang ini sudah bersedia dan sudah mula menunggu hari peperangan tersebut. Saat yang dinantikan sudah hampir tiba. Sedang hulubalang ini bersedia dengan tidak semena-mena mereka dikorbankan oleh mereka yang terdahulu menjadi sahabat. Mereka disepak oleh tokoh-tokoh yang mahu mengambil alih senjata yang telah disiapkan oleh mereka. Mereka mula menipu dan memanipulasikan keadaan agar pejuang ini disingkirkan dan kemudiannya dihina agar mereka tidak bangkit lagi. Semangat yang membakar pejuang ini dipadamkan agar mereka yang mempunyai kehendak tersendiri dapat apa yang mereka hajati. Mereka mula bermain apa yang ditafsirkan oleh mereka politik. Mungkin pada tafsiran mereka politik itu adalah tohmahan,fitnah,hina-menghina demi mendapatkan apa yang telah ada pada orang lain untuk kepentingan sendiri. Mereka laksanakan dan lupakan hulubalang ini. Mereka katakan hulubalang ini tidak tahu berpolitik. Mereka yang diiktirafkan sebagai bekas tahanan ISA disepak dan diterajang untuk mengelakkan merebut tempat didalam kepimpinan tertinggi parti. Keringat pejuang diludahi mereka,titisan darah pejuang kering tanpa nilai disudut mereka dan segala pengorbanan mereka diperbodohkan oleh mereka-mereka yang bergelar politikus. Hambar sekali perjuangan ini. Semangat yang terbakar sejak dahulu lagi dikhianati. Kedudukan mereka lebih penting dari perjuangan ini. Mereka mahu jalan mudah untuk menjayakan kerjaya politik mereka dan adanya hulubalang ini akan menyusahkan agenda mereka.

Hulubalang itu ada kini. Mereka sesama mereka tercampak tanpa pembelaan. Mereka terkadang duduk memikirkan perjuangan mereka yang dikhianati oleh perjuangan politikus yang lebih mementingkan status dan kuasa. Platform yang dibentuk rupanya menjadi pemusnah semangat mereka angkara beberapa pemimpin yang beragenda tersendiri. Hilang mereka tidak dicari,pergi mereka tak siapa merindui.

BILA LAUNGAN MENJADI RAUNGAN

APA KABAR BEKAS TAHANAN ISA SEKARANG INI

Komentar 1/2/2000