KENAPA RAFIDAH AZIZ BERDIAM DIRI?

Rafidah Aziz diam tentang tuduhan rasuah yang dibuat secara terbuka.

 

Kepimpinan Dr Mahathir seharusnya sudah menerima kabaran yang mendakwa perbuatan rasuah Datin Seri Paduka Rafidah Aziz. Dengan adanya Pegawai pegawai polis hadir disetiap ceramah PAS maka sudah tentu mereka telah melapurkan kepada PM bahawa pihak pembangkang telah membuat satu tuduhan secara terbuka tentang perbuatan rasuah Rafidah Aziz. Lapuran yang telah diperkatakan, mempunyai tanda tangan Datuk Gani Patail yang mencadangkan supaya satu pertuduhan resmi rasuah dibuat keatas Rafidah Aziz. Lapuran itu dimaklumkan mempunyai asas kukuh perbuatan rasuah Rafidah Aziz.

 

Rafidah Aziz yang dikatakan Menteri yang aggresif dan kononnya Iron Lady of Malaysia terus diam membisu tanpa kata. Datuk Gani Patail turut diam. Kenapa Rafidah Aziz tidak memberi komen terhadap dakwaan berikut atau terus membuat lapuran polis tentang perkara tersebut. Datuk Gani Patail turut diam. Mungkinkah Datuk Gani Patail tidak dapat menafikan perkara tersebut? Mungkinkah Rafidah Aziz pun tahu akan kehadiran lapuran itu dan sekiranya beliau membebel seperti keselaluan maka perkara ini akan terbongkar dengan lebih luas lagi. Polis turut diam. Polis tidak langsung mahu memulakan siasatan setelah pertuduhan terbuka dibuat terhadap perbuatan rasuah Rafidah Aziz.

 

Rafidah Aziz, lapurlah pada polis. Biar kita tengok polis melakukan siasatan keatas beliau pula. Walau pun kami tidak yakin siasatan tersebut akan dilakukan tetapi seelok elok nya biar dokumen Gani Patail tersebut dijadikan satu bahan bukti dalam mahkamah.

 

Apakah ini yang dimaksudkan oleh Mahahtir keadilan dalam pentadbirannya. Sudahlah, banyak persoalan yang dikemukakan tetapi tidak terdapat satu pun jawapan yang boleh diterima.

 

RAFIDAH AZIZ BAWA LAH PERKARA INI KEMAHKAMAH !