MAKIN RANCAK POLITIK NEGARA

Semakin rancak politik negara kita ini. Parti parti politik dalam negara masing masing terus mengaku bahawa mereka mempunyai penyokong yang banyak. Tanda soal tentang arah tuju Anwar Ibrahim masih menjadi isu hangat semasa. UMNO sibok dengan mengumpulkan segala pakar pakar mereka untuk memulakan kempen pilihanraya. PAS nampak jelas sedang menuju kearah tahun yang paling bersejarah buat mereka. Politik Malaysia kemudiannya diwarnakan dengan penubuhan Parti Keadilan Nasional yang dikatakan mendapat pengiktirafan Sdr Anwar Ibrahim. Apakah sekiranya parti itu benar benar mendapat mandat dari Sdr Anwar Ibrahim, maka pembangkang telah mula padat dan padu dalam menghadapi pilihanraya? Kenapakah kebanyakkan forum reformasi khususnya pendokong PAS menolak penubuhan parti ini dan menyifatkan parti ini sebagai sealiran dengan Semangat 46. Apakah sebenar mereka motif penolakan mereka dan kenapakah mereka terus merasakan bahawa penubuhan parti lain akan bertindak sebagai pemecah undi?

 

Dalam hal ini kami rasakan bahawa pendokong PAS begitu optimistik dalam menghadapi pilihanraya. Perasaan optimistik hadir dari ratusan penyokong PAS yang hadir setiapkali seramah PAS berkumandang. Kehadiran pendokong reformasi Anwar Ibrahim dalam setiap perjumpaan PAS menyemarakkan lagi suasana dan harapan PAS. Walaupun sikap optimistik ini hadir tetapi mereka harus juga melihat dokongan masyarakat lain dalam komponem Barisan Nasional. Dalam ini sering kami sebutkan bahawa penyatuan , pemantapan dan kejayaan parti pembangkang harus akan hadir sekiranya semua lapisan masyarakat "comfortable" dengan setiap komponen dalam parti alternatif, Tanpa perasaan "comfortable " ini maka kita mungkin menang peperangan tetapi kalah perjuangan.

 

Salam Reformasi