Komentar 7/3/2000
Pencalonan
Wanita UMNO sekarang nampak berat kepada Rafidah Aziz. Ramai juga penyokong
beliau walaupun dimata media internet dan ceramah umum telah menjelaskan
korupsi yang dilakukkan oleh beliau. Dokumen-dokumen yang ditandatangani oleh
Ghani Patail disebarkan bagi menunjukkan bahawa Rafidah BUKAN sahaja
telah menganugerahkan saham-saham kepada anak menantunya tetapi telah juga
dirumuskan sah oleh Pejabat Peguam Negara sebagai MEMPUNYAI BUKTI KUKUH ATAS
KESALAHAN RASUAHNYA. Apakah beliau ini masih di TERIMA oleh Wanita UMNO
sedangkan rekod rasuahnya masih KONONNYA dalam siasatan polis. Hairan
kenapa Wanita UMNO masih mahu menerima beliau ini sedangkan rekod buruk beliau
terkenal se Malaysia. Nama beliau masih belum dibersihkan lagi
tetapi beliau adalah penerima pencalonan tertinggi setakat ini. KENAPA
WANITA UMNO MASIH MAHUKAN BELIAU? APAKAH WANITA UMNO RABUN UNTUK MELIHAT
JENAYAH RASUAH YANG DILAKUKKAN OLEH BELIAU? JELAS MEREKA RAPAT BUKAN KERANA
PERCAYA AKAN KEPIMPINAN RAFIDAH TETAPI TAKUT KEPADA MAHATHIR YANG MENYOKONG
RAFIDAH. Begitulah dasar yang dilaksanakan oleh UMNO sehingga tidak dapat
membezakan antara intan dan kaca. Apa yang jelas mereka gentar pada Mahathir
dan slogan “pemimpin bukan ditakuti tetapi di hormati” menyimpang. Budaya takut
dalam UMNO wujud dengan lebih serius lagi , dan ini menghalang rakyat dan ahli UMNO untuk menyatakan komen dan
kritikan terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Ahli mula menyepi dan mengambil
sikap tidak mahu campur dalam UMNO. Komentar pernah dimaklumkan oleh seorang
kawan bahawa terdapat satu kenyataan yang membidas orang yang berkecuali:
Jelas Wanita UMNO gagal melaksanakan perubahan dan sekiranya Rafidah terlantik maka ini hanya menunjukkan bahawa Wanita UMNO lemah dan terus dihantui oleh bayangan Mahathir.Apa yang jelas Wanita UMNO buta dan mencalonkan Rafidah adalah kerana ketakutan mereka engkar kepada Bapa Kezaliman Bumi Malaysia.
Sesuatu
yang amat jijik dalam UMNO adalah sifat takut ahlinya.
Alamak
mengata orang kita yang lebih…..MPT kita juga membatu dan Pemuda kita kelu bila
Chandra menghina Anwar Ibrahim.