Make your own free website on Tripod.com

PUTERI REFORMASI YANG PRIHATIN

Komentar 3/3/2000

 

TAHNIAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH keatas Puteri Reformasi yang prihatin keatas keluarga dan para OKT pada sessi mahkamah 29/2/2000. Kehadiran beliau berjumpa dengan keluarga OKT termasuk OKT sendiri amat dihargai dan sedikit sebanyak menaikkan semangat kita pejuang reformasi untuk meneruskan perjuangan reformasi. Bagi kepimpinan yang hadir hanya untuk bersalam dengan pucuk kepimpinan parti tanpa memperdulikan KAMI yang turut berjuangan demi reformasi TURUT KAMI UCAPKAN TAHNIAH. Moga dengan bersalaman dengan pucuk kepimpinan dapat menjamin pangkat dalam parti nanti.

 

KAMI KELUARGA OKT DAN OKT nampak  corak kepimpinan positif Puteri Reformasi kita dan percaya keprihatinan beliau menjadi semangat kami.

 

Oh ya…kepada kepimpinan Parti Keadilan Nasional, nama dan senarai mereka yang telah ditangkap dalam memperjuangkan keadilan ini ada tidak dalam simpanan kamu. Apa baru nak minta dari SUARAM , hentikan lah, yang Komentar tahu nama mereka yang telah ditangkap,dan dipenjara TIDAK ADA dalam simpanan kamu. Itu lah sebabnya mereka terpaksa membayar RM 2.00 untuk menjadi ahli. Satu penghargaan buat mereka dari Kepimpinan Parti Keadilan Nasional.

 

KOMENTAR