KEADILAN ! SEDANGKAN POLIS DIRAGUI, MAHKAMAH DIPERTIKAIKAN,KERAJAAN PENDOKONG KEZALIMAN.

 

Kami bersetuju dengan Gurbacan Singh kerana tidak mahu menarik balik kenyataan beliau bahawa Polis tidak boleh dipercayai dan diragukan. Kami percaya bahawa semua rakyat yang telah celek matanya sedar bahawa Jabatan Polis kita khusus diperingkat atasan terlibat dalam menutup apa yang selama ini jelas satu konspirasi.

 

Kenapa Jabatan Polis diragui? Tidakkan kenyataan Munawar dan Sukma menunjukkan bahawa Polis hanya menjalankan apa yang disokong oleh pelupor kezaliman yakni Dr Mahathir. Munawar dan Sukma mengaku didera untuk mengaku perbuatan yang tidak pernah terbukti dan tidak pernah dilaksanakan oleh mereka. Mereka didera demi memburukkan Sdr Anwar Ibrahim. Siapakan yang mengesa mereka membuat perkara tersebut. Takkan Kopral atau polis traffik. Setentunya dari IGP dan IGP dari Mahathir.

 

Dari hari pertama penahanan dan affidavit Dato Nalla. Semua jenis fabrikasi dilaksanakan. Mana dia tuduhan 60 juta, dokumen dokumen kerajaan dan lain lain ciptaan polis. Affidavit Dato Nalla sendiri jelas menunjukkan tindakan polis yang hanya menurut perintah Dr Mahathir. Mengugut Dato Nalla untuk menandatangani affidavit tersebut sahaja menunjukkan kredibiliti Jabatan Polis kita.

 

Apa inikah Jabatan Polis yang kita percayai untuk menjaga keamanan negara kita. Kita tidak nafikan anggota anggota polis yang telah menjalankan kewajiban dengan berkesan,tetapi kita mencurigai anggota anggota tinggi polis seperti Rahim Noor , Musa, Said Awang , dan sebagainya. Mereka turut serta dalam permainan politik ini dan kabur dalam mengikuti perintah biar dari pendokong kezaliman No 1 dunia : Dr Mahathir Mohamed.

 

Mereka dalam memanggil dan memberi kenyataan bertindak jelas membelahi Dr Mahathir dan bisu atau tidak ingat dan tidak tahu bila bertanya perkara perkara kesalahan prosidur dan percanggahan prosidur. Ini jelas menampakkan bahawa kenyataan mereka adalah dalam ketakutan dan amat meragukan.

 

Ambil contoh soalan peguambela Sdr Anwar Ibrahim perihal kenapa mereka mengambil masa hampir 4 jam untuk menyerbu masuk dan menangkap Ummi dan Azizan? Sehingga hari ini semua polis yang berjawatan tinggi tersebut bisu dan tidak mahu berkata kata. Kenapa? Apakah yang disorokkan? Jangan lah sebab Dr Rastina meragui samada yang diluar itu polis atau tidak. Karut benar alasan itu. Apakah Pendakwa tidak mahu tahu alasan kelewatan tersebut atau Peguam Pendakwa turut serta menolak keadilan demi teknikal atau demi tugas yang meminta mereka mengabaikan moral mereka.

 

Kenapa mereka semua bisu kalau soalan soalan ini ditanya tetapi apabila soalan yang menjatuhkan maruah Sdr Anwar Ibrahim dijawab dengan cepat. Kenapa Rodwan tidak mengemukakan kepada mahkamah bahawa beliau pun hairan kenapa tilam tersebut dirampas dan disimpan oleh Musa selama 4 bulan. Apakah Rodwan dalam penyiasatan beliau tidak tertanya tanya. Apakah polis polis lain turut tidak mahu tahu. Inikah dia penyiasat penyiasat kita? Kalau ini penyiasat kita maka kredibiliti mereka sebagai penyiasat amat memalukan. Penyiasat seharusnya peka dan mempunyai minta dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Nampaknya mereka bukan penyiasat, tetapi hanya bertindak mencari bukti bagi membuat tuduhan , tidak kiralah keadilan dikecapi atau tidak.

 

Apakah salah kalau kita meragui kredibiliti polis dan penglibatan mereka dalam menyorokkan kenyataan demi menjaga dan membabi buta menyokong Mahathir. Apakah semua polis kita tidak nampak keperluan mereka bangun untuk menegakkan keadilan. Jangan lah demi tugas penipuan sanggup dijalankan. Janganlah demi arahan maka memukul wanita dan pelajar menjadi kewajipan.

 

Penderaan keatas Anwar Ibrahim sehingga kehari ini tidak menampakkan satu penyelesaian yang positive. Mungkin payah mereka untuk mencari ganti sesiapa yang sanggup mengaku memukul Sdr Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana sekiranya ada antara mereka yang mengaku maka tindakan membawa dia kemahkamah akan menjadi perhatian umum dan kalau mahkamah memenjarakan dia (sipengaku) selama 2 hari maka kredibiliti mahkamah pula akan dipersoalkan.

 

Apakah susah mereka mengetahui siapa yang dibenarkan masuk ke sel Anwar Ibrahim semasa diBukit Aman. Kemungkinan semua orang boleh masuk ke sel Anwar Ibrahim menyebabkan susah polis untuk mengenalpasti mereka yang boleh dituduh untuk memukul Anwar Ibrahim.

 

Banyak lagi perkara perkara yang menunjukkan bahawa kredibiliti polis sekarang amat diragui. Keraguan ini adalah perlaksanaan ketua ketua mereka yang turut serta bermain politik atau mempolitikkan keadilan.Kehadiran Azizan yang tidak ditangkap selepas mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim dan Sukma merupakan salah satu contoh menyorokkan proses keadilan sebenarnya. Azizan mengaku diliwat tanpa kerelaan tetapi tidak ada satu pun lapuran polis perihal beliau diliwat oleh Sukma. Beliau mengumumkan bahawa beliau diliwat oleh Sukma semasa dalam mahkamah sehari selepas beliau mengaku tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim dan kemudian menarik balik kenyataan atas tidak faham soalan.

 

Habis masihkan kita boleh mempercayai Polis untuk mengendalikan siasatan? Kenapa mahkamah gagal untuk melihat adanya perkara perkara yang ganjil wujud dalam polis mengendalikan kes ini. Apakah sehingga ke hari ini semua kita tidak nampak lagi kegagalan polis bertindak seadil mungkin.

 

Kita amat dikejutkan oleh tindakan polis yang semasa ini selalu melaungkan prinsip ketegasan dalam menjalankan tugas. Hari ini terbukti bahawa anggota tertinggi polis gagal dan tidak hairanlah kalau kita katakan mereka tidak boleh dipercayai lagi dalam mengendalikan kes Anwar Ibrahim. Kepada IGP kita ingin kita sampaikan salam reformasi dan berpesan bahawa Mahathir tidak akan kekal ditempatnya dan akhirnya IGP akan mati dipenjara.

 

Fikirlah, dan kepada anggota polis yang jujur mahukan keadilan BANGUN....BANGUN.....bersama kami yang rela mengorbankan kerja, wang dan berani mengambil risiko perjuangan ini. Kami bukan polis atau askar tetapi kami rela. Apakah kamu dengan displin dan kekentalan jiwa takut mengambil risiko ini?

 

 

Komentar