PARTI KEADILAN NASIONAL

 

Kita hari ini dimaklumkan bahawa Parti Keadilan Nasional telah dan akan dilancarkan bagi sama sama memperjuangkan tuntutan Reformasi. Seperti keselaluan penubuhan sebarang parti yang tidak diiktiraf oleh Sdr Anwar Ibrahim atau Dr Wan Azizah akan ditolak oleh kami secara peribadi. Menurut email yag kami terima parti ii sudah mendapat restu dari Sdr Anwar Ibrahim dan parti ii akan bergerak bersama sama PAS ,DAP dan PRM bagi memantapkan lagi pesada politik pihak pembangkang. Walau apa pun email tersebut tidak menamakan proteam mereka dan tidak juga mengandungi fakta fakta asas penubuhan mereka. Sehingga kehari ini belum ada kenyataan resmi dari pemimpin kita Sdr Anwar Ibrahim tentang restu yang diberikan atas penubuhan parti tersebut. Jesteru itu kami masih lagi menunggu perkembangan lanjut penubuhan parti dan hala tuju parti tersebut. Penolakan terhadap parti tersebut tidak harus dibuat oleh anggota reformasi kerana janji dalam email yang diterima adalah untuk sama sama berkerjasama dengan parti pembangkang yang lain. Niat dan cita murni mereka digambarkan dengan satu kenyataan mereka iaitu mereka sedia berkerjasama dan menjalankan lobi untuk parti parti pembangkang biarpun mereka tidak mempunyai calon. Harapan kami jangan ada Harris Salleh 2 di Semenanjug Malaysia.

Secara ikhlas parti alternatif bagi UMNO adalah PAS ,PRM dan DAP. Secara terbuka banyak pihak sedang menunggu arahan dan hala tuju landasan politik Sdr Anwar Ibrahim . Dimana dia disitu kita dan secara ikhlas kami di Komentar setakat ini menuju kehala PRM selaku parti politik yang mendukung konsep MALAYSIA BARU.