DATUK MOHD NAZRI AZIZ MENYELAR PEMUDA UMNO SEBAGAI GOLONGAN PENGECUT

 

Datuk Nazri Aziz menyelar kepimpinan Pemuda UMNO kerana tidak dapat bertindak selaras secukupnya dalam menangani isu reformasi laungan pendokong Parti keADILan Nasional. Datuk Nazri dalam kenyataannya mengatakan bahawa kalau pendokong Parti keADILan Nasional tidak takut ditangkap bila berdemonstrasi Pemuda UMNO seharusnya turut berani dan tidak takut.

 

DATUK NAZRI MEMAKLUMKAN BAHAWA BELIAU PERNAH TURUT BERDEMONSTRASI SEMASA DALAM PEMUDA UMNO.

 

Datuk Nazri dalam kenyataannya juga memaklumkan bahawa mereka yang pernah berdemonstrasi kini menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan.

Datuk Nazri memaklumkan bahawa sekarang anggota Parti keADILan yang berdemonstrasi dan PEMUDA UMNO hanya menonton tanpa melakukan apa apa.

 

KOMENTAR

 

Secara tidak langsung Datuk Nazri mengakui kehebatan pendokong reformasi. Datuk Nazri dalam pengakuannya juga menyokong bahawa demonstrasi aman adalah satu bentuk dan cara rakyat menyuarakan pendapat. Datuk Nazri pada pendapat kami turut mengatakan bahawa kepimpinan PEMUDA UMNO lembab dan seharusnya Hishammuddin harus bertanggung jawab. Banyak kesimpulan yang boleh dibuat dari kenyataan Datuk Nazri tetapi yang jelas bagi kami adalah PEMUDA UMNO tidak sehebat golongan reformasi yang komit kepada perjaungan menuntut keadilan. Memang kami di KOMENTAR telah sedia maklum bahawa PEMUDA UMNO hanya tahu mengangguk dan mengharapkan sesuatu dari sokongan yang mereka tunjukkan.

 

ITU ADALAH BUDAYA UMNO