BERI KAMI SATU PELUANG

BARISAN KEADILAN

PKN, PAS, PRM, DAP

 

Cerita kejayaan Barisan Nasional dalam membangunkan negara kita Malaysia memang tidak dapat dinafikan lagi. Sumbangan Allahyarham Tuanku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamed dalam pembangunan negara amat dihargai. Jasa mereka akan tetap dikenang dan semoga Malaysia terus mengecap kejayaan demi kejayaan. Walau apapun kita sekarang ini dikejutkan dengan pelbagai pendedahan yang amat merisaukan. Kejayaan negara yang begitu pesat khusus dibawah pemerintahan Dr Mahathir menyaksikan pendedahan yang seolah olah mengejutkan kita dari mimpi indah pembangunan. Malaysia yang dipamerkan bergerak kearah menjadi sebuah negara maju hampir tersungkur dengan pendedahan ini. Pendedahan yang menunjukkan bahawa kejayaan Malaysia hanyalah satu pameran yang kekukuhannya mudah tercabar dan lumpuh akibat pembangunan yang dibentuk lebih berlandaskan pembaziran. Kita lebih dikejutkan dengan pengagihan ekonomi yang tidak adil dengan pembangunan pembaziran tanpa menghiraukan pembangunan infrastuktur asas yang melibatkan kemudahan bagi golongan yang kurang berjaya menikmati kesan permodenan. Pembangunan yang dilaksanakan hanyalah pameran bagi menunjukkan kejayaan dimata antarabangsa dengan mengorbankan pembangunan sebenarnya. Perlaksanaan projek mewah menjadi tumpuan dan keutamaan sedangkan projek peningkatan asas bagi pertanian, perladangan dan pendidikan dijadikan korban. Pameran kejayaan kita sekali lagi didedahkan dengan pembahagian kekayaan kepada golongan-golongan tertentu dan ini melibatkan soal kroni, nepotisma dan rasuah. Kita dengan khayalan kejayaan Malaysia di kejutkan dengan kemewahan yang sepatutnya diagihkan samarata tetapi ianya dihimpun untuk membentuk empayar keluarga dan rakan terapat. Kita dikejutkan dengan pegangan -pegangan syarikat gergasi oleh kroni-kroni Menteri Kabinet serta amalan pemberian projek yang tidak telus dan tidak adil. Ekonomi Malaysia yang dikatakan tumbuh sekitar 6-9% setahun menyaksikan pembahagian yang tidak adil antara kroni dan rakyat sebenar. Kita sedar sekarang ini bahawa projek-projek gergasi negara ini di bolot oleh segelintir mereka yang rapat dengan menteri kabinet untuk kroni dan kaum keluarga mereka. Maka kekayaan mereka adalah korban rakyat dan kemewahan mereka adalah penderitaan rakyat. Kita sedar dan disedarkan bahawa usaha untuk mengembalikkan keadilan ekonomi dalam negara ini dengan membenteras amalan kronisma,nepotisma dan rasuah merupakan usaha yang dianggap subersif bagi mereka yang mengamalkannya. Kehadiran dan kebangkitan rakyat menentang amalan-amalan korup yang dilaksanakan oleh mereka khususnya menteri kabinet dan pemimpin parti Barisan Nasional dihalang dan disekat dengan zalim oleh mereka. Segala perundangan dimanipulasi bagi menakutkan rakyat demi menjaga kedudukan dan kepentingan diri sendiri. Peristiwa pemecatan Sdr Anwar Ibrahim dan rangkaian peristiwa yang menyusuli penetangan terhadap pemecatan tersebut telah membuka pekong mereka. Kita diperlihatkan dengan pelbagai ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan. Sokongan terhadap Sdr Anwar Ibrahim diibaratkan sebagai satu dosa yang tidak boleh diampunkan oleh mereka. Menyatakan sokongan secara terbuka boleh diibaratkan sebagai pengkianat bangsa dan penggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menghalang tuntutan keadilan. Salahkan sekiranya kita menuntut keadilan ? Salahkah sekiranya kita menggesa keadilan ? Berdosakah kita sekiranya kita meminta pembaharuan didalam negara kita ini ? Setiap langkah kita untuk memperbetulkan apa yang kita rasakan dan fikirkan benar di tolak dengan kezaliman. Pemimpin negara tidak langsung berhasrat memberi penerangan malah menyeru kita menyokong Dr Mahathir secara membuta tuli. Kita lantas itu ditakutkan dengan penggunaan undang-undang dan gertakan dan amaran keras polis. Jabatan Peguam Negara sudah berubah haluan dari Jabatan yang sepatutnya "independent" kepada seolah olah salah satu komponen dalam Barisan Nasional. Jabatan Polis turut berubah seolah olah mereka ditugaskan untuk membela Barisan Nasional dan bertindak seperti jentera yang memastikan pemimpin Barisan Nasional dipelihara dari kritikan. Pelbagai undang-undang dilemparkan bagi menakutkan kita. Inikah dia kerajaan yang dikatakan adil? Inikah dia demokrasi?

 

BAGI KAMI SATU PELUANG

 

Beri kami satu peluang untuk memulakan alaf baru ini dengan apa yang kami definisikan sebagai demokrasi. Beri kami satu peluang untuk membentuk kerajaan milik dan dipunyaioleh rakyat. Beri kami satu peluang untuk menunjukkan bahawa perlaksanaan pemerintahan dipenuhi dengan amalan korup dan ianya akan menjadi agenda pertama kami untuk membenterasinya.

 

BERI KAMI SATU PELUANG