Make your own free website on Tripod.com

KINI GILIRAN WANGSA MAJU PULA DIGANTUNG

Komentar 22/1/2000

Komentar difahamkan bahawa semasa AJK Pehubungan Negeri Serawak dipancung dengan kejam oleh keADILan Pusat tanpa mengemukakan sebarang justifikasi munasabah terdapat satu lagi kawasan parlimen yang juga terkena pemancungan. Dimaklumkan kepada Komentar pedang pemancungan Zainur Zakaria telah sampai ke Wangsa Maju dan Ketua Bahagian Wangsa Maju Sdr Nassir Hussein bekas tahan ISA dan juga seorang reformis yang telah diiktiraf oleh Sdr Anwar Ibrahim.Yang jelas ialah hampir setiap mereka bergelar reformis tercampak dari Parti Keadilan dan tercampaknya mereka adalah hasil tohmahan dan fitnah. Sesuatu yang menjijikkan. Komentar difahamkan bahawa Naib Presiden keADILan Pn Marina Yussoff telah dirancang oleh Zainur Zakaria untuk mengambilalih tempat reformis Nassir Hussein. Komentar dimaklumkan beberapa perkara yang menjijikkan dilakukan oleh Perhubungan Negeri dan Pn Marina sendiri demi menolak mereka yang telah bertapak lama di Wangsa Maju. Komentar difahamkan satu surat tanpa justifikasi dan sebab telah dihantar kepada Ketua Bahagian Wangsa Maju. Surat tersebut adalah surat dari Annuar Tahir dan dan dijangka surat itu adalah surat pemecatan Sdr Nassir Hussein sebagai Ketua Bahagian.(maklumat perihal ini akan cuba dicari dan harapan Komentar sekiranya boleh salinan surat ini diperlukan. Bagi mereka yang mempunyai salinan surat tersebut sila kemukakan kepada Komentar).

Nampaknya pedang Zainur Zakaria amat tepat dan tajam sekali. Setelah Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Sdr Mustapa Mansur terpecat oleh tindakan mesyuarat penubuhan bahagian yang tidak adil dan Sdr Fadhil seorang tahanan ISA dan Ketua Bahagian Segambut dirancang kejatuhannya maka kini giliran Sdr Nassir Hussein Ketua Bahagian Wangsa Maju dan tahanan ISA selama 29 hari disingkir dengan kejam tanpa ikhsan.

KEADILAN DIMANA KEADILAN ?

KOMENTAR akan tetap berusaha menuntut keadilan dan membuka mata semua ahli Parti Keadilan Nasional agar parti ini dapat dibersihkan sekarang dari mereka yang membawa budaya kotor. Biar KOMENTAR dikeji sekarang ini tetapi perubahan ini perlu agar Parti Keadilan Nasional lebih telus dan berwibawa tanpa pemimpin yang sempit dan jelek untuk menjana kejayaan pada pilihanraya 11 akan datang. Biar kita perbaiki sekarang dari keruntuhan semasa pilihanraya 11 nanti.