MALAYSIA SDN BHD

Komentar terbaca kenyataan Dr Syed Husin Ali dalam Laman Reformasi Nasional. Membaca artikel tersbut Komentar teringat akan artikel Komentar dalam Arkib 4 bertajuk Malaysia Sdn Bhd. Sdr Syed Husin ada menyebut tentang perbadanan Malaysia yang dilakukan oleh pemimpin dan kroni kroni UMNO. Beliau juga memaklumkan bahawa kita perlu bersabar dan menempuh

keadaan ini dengan lebih terbuka lagi. Mengikut perasaan lebih memudaratkan dan berkemungkinan adalah harapan UMNO.Komentar juga menyeru kepada pendokong reformasi bahawa kekuatan kita adalah pada penyatuaan. Kita harus pastikan penyatuan kita kukuh dan tidak ada lompang dalam penyatuaan tersebut. Kita berhadapan dengan mereka yang mempunyai kekuatan tanpa batasan . Apa yang dimaksudkan disini adalah UMNO punyai kekuatan wang dan kekuatan dari segi kesanggupan mereka menolak budaya dan ketertipan dalam memperolehi kuasa. Mereka tidak terhalang baik dari segi kemanusiaan atau agama. Mereka sanggup melakukan apa sahaja kerana wang. Kami di Komentar sekali lagi ingin menggesa supaya penyatuan antara parti parti pembangkang harus ada dan dilihat ada oleh rakyat. Ini perlu dan ini mesti wujud. Kita tidak mahu konsentrasi kita hanya tertumpu kepada kaum Melayu sahaja dan seharusnya kita mendengar dan mengamati watikah Sdr Anwar Ibrahim tentang bahaya akan menimpa kita sekiranya kita beranggapan ini sebagai "All Malays Affair" Komentar juga tertarik membawa perhatian anggota anggota kerajaan alternatif untuk sama sama membantu dalam mencegah wabak JE yang melanda kita sekarang ini. Ini perlu kerana kita walaupun dalam kerancakan berpolitik , rakyat dan penderitaan rakyat harus di tangani. Langkah PRM kearah itu adalah sesuatu yang dihormati oleh kami. Langkah ini menujukkan cita cita bersama sebagai satu negara dan satu bangsa bernama MALAYSIA.Keprihatinan kita harus menjangkau dan melewati batas batas perkauman dan kita sama sama berhak diberi jalan kearah pencapaian matlamat Malaysia Baru . Slogan Malaysia Baru ini kalau tidak salah kami dilaungkan oleh PRM. Harus kita mulakan tindakan supaya kita lebih mersa bersama rakyat sedangkan Jabatan Polis dan Kementerian Dalam Negeri hanya mersa dilencana. Sekali lagi kami di Komentar ingin menyampaikan mandat yang serupa pernah dilaungkan oleh Parti Rakyat Malaysia

 

PANGKAH PARTI ALTERNATIF TIDAK KIRA PAS, DAP DAN PRM. JANGAN PANGKAH KEHANCURAN , JANGAN PANGKAH UMNO