Make your own free website on Tripod.com

."Pak Lah adalah seorang yang cukup bacul dalam hal ini dan saya tidak akan gentar sama sekali, kerana Sdr Anwar melatih saya untuk menjadi seorang pejuang", tegas Ezam lagi.

Dipetik dari Laman Mahazalim.

Komentar 21/2/2000

Benar ! Benar ! Benar ! apa yang dikatakan oleh Ezam sewaktu ceramah umum di Kedah itu. Sdr Anwar Ibrahim melatih dan membakar semangat kita untuk menjadi seorang pejuang yang tidak gentar dan tidak takut demi memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Anwar Ibrahim menunjukkan teladan yang baik sebagai seorang pejuang dan keberanian mereka diikuti oleh reformis-reformis yang ada. Sdr Anwar Ibrahim TIDAK meletakkan ketakutan sebagai batas perjuangan, TIDAK meletakkan wang dan ringgit/politik wang sebagai penghalang perjuangan dan TIDAK meletakkan diri sendiri sebagai peluntur semangat juang. Sdr Anwar Ibrahim bertindak menunjukkan kita apa yang diperlukan sebagai pejuang agama,bangsa dan negara. Inilah yang diajar oleh Sdr Anwar Ibrahim. Tuntutan Sdr Anwar Ibrahim BUKAN sukar untuk dilaksanakan. Sdr Anwar Ibrahim mahukan penghapusan Kronisma,Nepotisma dan Korupsi. Sdr Anwar Ibrahim mahukan keadilan dan inilah yang menjadikan asas perjuangan. Sdr Anwar Ibrahim meletakkan SUARA RAKYAT SEBAGAI SUARA KERAMAT dan kita membawa slogan RAKIM HAKIM NEGARA. Terbentuk sekarang pejuang REFORMASI, itulah yang menjadi nadi kepada tuntutan perubahan.

Kita teruskan agenda ini. Kita tegakkan asas perjuangan laungan Sdr Anwar Ibrahim.

Komentar