SATUKAN SEMULA PERJUANGAN REFORMASI

 

Komentar

10 March 1999

 

Salam Reformasi,

 

Perjalanan panjang kita telah mulai melalui beberapa liku liku cabaran yang menyebabkan ada antara kita yang tersungkur dalam perjuangan. Perjalanan panjang ini di ulit dengan kekecewaan dan disaluti dengan kepahitan baik semasa berjuang mahupun himpitan kehidupan yang mulai terasa sekarang. Kalanya terasa hilang pegangan dan mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. Kalanya tertanya manakah hikmah disebalik kesusahan,kesakitan dan keperitan dalam perjuangan ini. Lalu penawar yang paling sempurna adalah kembali kepada kesabaran. Perjalanan ini sudah hampir bulan ke enam. Pintu pintu masuk dan keluar bagi membolehkan kita membebaskan minda dan cetusan rasa yang terpenjara akibat sistem dan kuasa mereka masih tertutup. Keadilan yang dicari masih terkunci dan kita masih tercari cari formula yang paling berkesan dalam usaha mencapai kejayaan. Keadilan masih tidak ditemui keseluruhannya.

 

Kempen Pilihanraya

 

Satu yang ketara adalah kemelut pilihanraya seolah olah membenamkan situasi dan kehangatan kes rasuah kes Anwar Ibrahim. Media telah mula menutup pintu muka pertama surat kabar mereka bagi menyiarkan kes Anwar Ibrahim. Mereka seolah olah diarah untuk jangan menyiarkan secara besar besarkan kes tersebut. Media television juga turut berbuat demikian. Apa yang sekarang ini disampaikan adalah dahyah kejayaan negara yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kempen bagi meningkatkan kembali kepercayaan rakyat atas usaha kerajaan dilipat kali gandakan.

 

Sesuatu yang hilang adalah kempen pilihanraya tidak satu pun menjelaskan justifikasi pembuangan Anwar Ibrahim. Kempen lebih kepada jasa kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat dan seolah olah rakyat terhutang budi pada Dr Mahathir. Sesuatu yang karut.

 

Walau apa pun perlu dimaklumkan bahawa kempen penipuan kerajaan ini boleh menjadi sesuatu yang akan membantutkan usaha kita dalam menegakkan keadilan. Strategi kita berkempen melalui perjumpaan dan ceramah PAS memang effektif tetapi harus diingat kempen mengikut media TV dan surat kabar dapat meliputi keseluruhan negara lebih pantas dari sistem yang kita laksanakan. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat terus terpengaruh dengan apa yang disiarkan oleh media TV dan Radio.

 

PILIHARAYA SABAH

KEMPEN SECARA LANGSUNG DAN DIGAMBARKAN RAKYAT MENERIMA BARISAN NASIONAL

 

Kita telah menyaksikan kempen Sabah telah dimulakan dari awal lagi. Berita menyiarkan secara langsung kebanyakkan ceramah Dr Mahathir dan beberapa menteri kabinet secara langsung terlibat dalam mempromosikan Barisan Nasional. Sesuatu yang jelas adalah Abdullah Ahmad Badawi bertungkus lumus dalam usaha mengembalikan kewibawaan Barisan Nasional. Secara luaran tidak mustahil kalau ramai antara rakyat Sabah terpengaruh dengan promosi menjual Barisan Nasional dan kemudian membeli balik dengan harga yang lebih mahal. Rakyat Sabah perlu diingatkan bahawa harga membeli Barisan Nasional adalah mempergadaikan keadilan. Itulah harga tawaran Barisan Nasional. Menggadaikan keadilan merupakkan harga yang dituntut oleh Barisan Nasional. Abdullah Badawi dengan angkuh tetap memberi taat sedia kepada anggota konspirasi yang bukan sahaja kejam malah zalim kepada rakyat. Rakyat Sabah harus berwaspada dengan tindakan mereka. Teknik dan niat jahat untuk terus berkuasa adalah apa yang harus ditolak oleh Rakyat Sabah. Kita perlu memaklumkan kepada Barisan Nasional bahawa kita juga tidak menerima mereka seperti mereka tidak menerima PBS dan parti pembangkang lain di Sabah. Rakyat Sabah percayalah bahawa kerajaan pusat kali ini BUKAN Barisan Nasional.

BARISAN NASIONAL MAHU MENGALIH PANDANGAN KITA DARI KRISIS ANWAR IBRAHIM KE PILIHANRAYA SABAH.

 

Barisan Nasional masih tidak lagi memberikan jawapan sempurna kes pembuangan Sdr Anwar Ibrahim. Barisan Nasional gagal menerangkan kepada ahli sendiri mengapa tindakan memecat dan menghina Sdr Anwar Ibrahim dilaksanakan. Kenapa mereka tidak menerangkan ! Mudah , kerana tidak ada satu penerangan yang memberikan justifikasi tepat kenapa tindakan keatas Anwar Ibrahim diambil begitu rupa. Mereka tahu, Dr Mahathir tahu, Badawi tahu tetapi tidak langsung peduli pada keadilan sejagat. Tindakan menteri menteri Barisan Nasional keatas Sdr Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa mereka terlalu hina untuk kita gelar manusia. Ahmad Badawi senyap dan cuma bising dalam mempromosikan Barisan Nasional Sabah. Sekali lagi Komentar menyeru bahawa pemimpin sedemikian perlu diadili oleh rakyat kerana kami rakyat TIDAK akan memaafkan mereka begitu mudah. Abdullah Badawi terpaksa ditentang di Pulau Pinang. Abdullah Badawi tidak layak dipanggil pemimpin kerana keengganan nya menerima hakikat kesalahan UMNO dalam kes Sdr Anwar Ibrahim.

 

UMNO PASTI AKAN MENYESAL

 

Umno runtuh kerana konspirasi kepimpinan Dr Mahathir membunuh Sdr Anwar Ibrahim dari sudut keperibadian dan kerjaya politik. Keruntuhan UMNO ini pasti akan dikesali oleh pemimpin pemimpin UMNO lain yang masih mempertahankan UMNO dengan harapan terdapat perubahaan dari segi pucuk pimpinan. Walau apa pun mereka yang masih lagi berharap agar UMNO pulih semestinya sedar bahawa kepulihan UMNO hanya akan terjadi dengan perletakkan jawatan Dr Mahathir serta kuncu konspirasinya. Setakat ini belum ada tanda tanda bahawa Dr Mahathir akan meletakkan jawatan demi perpaduan melayu dan demi penyatuaan ahli UMNO. Beliau masih berpaut pada kuasa dan andai beliau jatuh maka beliau akan membawa semua UMNO jatuh sekali.

 

BAGAIMANA KITA GOLONGAN REFORMASI

 

Kita harus bersiap sedia dari segala segi dalam membawa kejayaan kepada tuntutan Reformasi kita. Tindakan kita seharusnya sealiran dalam menentukan supaya supaya disaat terakhir rakyat tidak disesatkan dengan dahyat karut. Sungguhpun parti parti pembangkang telah mula mengerakkan jentera pilihanraya tetapi penyatuan mereka dengan lain lain pertubuhan seharusnya lebih konsistant dan manifesto mereka harus stabil. Ruang pemecahan kalangan mereka pasti akan diambil kesempatan oleh UMNO dalam meraih undi disaat terakhir. Setakat ini manifesto PAS, DAP dan lain lain parti pembangkang tidak diselaraskan. Kita seharusnya memulakan penyatuaan yang lebih akrab dari hanya mengharapkan ceramah dan bangkangan bercorak karisma pertuturan. Jentera lain dalam kumpulan gerakan reformasi harus telah mula membangkitkan isu isu semasa dengan membentangkan arah aliran kepimpinan baru sekiranya terpilih. Jentera yang dimaksudkan bukan sahaja dari sudut politik malah sudut sosio kebudayaan dan ekonomi serta perundangan. Manifesto manifesto kepimpinan baru seharusnya digubal dan diterangkan sejajar dengan ceramah ceramah politik dan keagamaan. Kita perlu mengadakan penerangan ini untuk menyahut konsep perubahan yang hendak dibawa. Setakat ini tidak dapat kita nafikan bahawa penerimaan bersemangat pengikut pengikut parti mereka adalah dengan karisma ucapan dan penerimaan kepada Agama Islam. Apakah ada perbezaan dari sistem dan cara PAS berkempen dahulu dan sekarang. Dari pengikutan dan penilaian kami setakat ini konsep dan sistem kempen PAS tidak banyak perubahan. Mereka tetap dengan sistem berkempen secara aggresif melalui ceramah umum dan UMNO bangga dengan pembangunan fizikal negara walaupun matlamatnya tidak menyakinkan. Gerakan Reformasi perlu juga membangunkan cara berkempen dengan mengemukakan manifesto dan pendirian dengan pentadbiran.pemerintahan dengan lebih jelas lagi. Ini perlu untuk merapati golongan golongan yang tidak pernah melihat PAS dari dekat dan tidak lagi memahami pendirian PAS.

 

MANIFESTO DALAM KEMPEN

 

Kita sering mendengar isu ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan dan dilaksanakan oleh UMNO dalam mentadbir negara. Isu Sdr Anwar Ibrahim menghangatkan kempen kempen anti kerajaan. Kita lihat juga kempen kempen PAS yang mentidakkan kewujudan Isalamisasi yang menyeluruh dalam kerajaan kita ini. Kita lihat penceramah PAS mengemukakan dan membangkap konsep sekular dalam pentadbiran kerajaan BN. Semua itu memang mempunyai asas dalam kita menolak kerajaan BN. Walaubagaimanapun jarang sekali kita dengar dalam kempen atau ceramah umum PAS sistem apakah secara kolektif yang hendak dijalankan. Ambil isu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri, satu akta yang telah disalahgunakan oleh kerajaan ini untuk menangkap sesiapa yang anti kerajaan. Benar kita harus tolak ISA tetapi apakah implikasi penolakkan ISA kepada anasir anasir yang benar benar berniat jahat pada negara ini ? Apakah pengantian kepada ISA. Apakah sistem dan pentadbiran perjalanan ISA akan diubah? Bagaimana perubahan tersebut hendak dilaksanakan supaya ketelusan dan keadilan dapat dirasakan. Ingat kita bukan sahaja perlu adil tetapi nampak keadilan tersebut.

 

Kita terdengar kritikan kritikan penceramah PAS atas pembelian harta dan kekayaan kepada kroni Mahathir dan pemimpin BN. Mereka berkuasa dan kuasa mereka itu digunakan untuk mengumpul kekayaan bagi diri dan kroni kroni tersebut. Serak dan tajam bidasan penceramah PAS dalam hal ini. Memang lazim PAS lantang bersuara dalam melihat kesongsangan perlaksanaan polisi oleh BN. Sungguhpun begitu tidak sekali pun kami mendengar cara bagi kita mengatasi perkara berikut untuk berlaku sekiranya PAS dan ahli pembangkang memegang kuasa pemerintah. Apakah satu badan bertindak akan dibentuk dalam menangani isu pemberian harta dan projek kepada kroni pemerintahan PAS pula? Apakah ada satu badan bertindak dalam mengawasi Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Polis? Apakah badan ini tidak akan tertakluk kepada kerejaan pemerintah baru? Ini semua adalah perlu dimasukkan dalam kita memberi ceramah dan sebagai langkah untuk mendokong kritikan kita. Banyak lagi isu isu semasa yang perlu diperkenalkan dalam kita memberi keyakinan untuk rakyat terus tanpa ragu ragu memilih kerajaan PAS. Ini juga bertujuaan untuk menutup sebarang ruang bagi kerajaan BN meraih kepercayaan rakyat disaat terakhir pilihanraya. BN boleh menunjukkan gambar secara audio dan visual dalam mempertegakkan kejayaan mereka. BN dalam usaha mendapatkan kembali undi sanggup berhabisan membelanja pembangunan yang kita lebel sebagai pembanguanan musim pilihanraya. Membelanjakan wang tersebut untuk pilihanraya adalah sesuatu yang lumrah dilakukan oleh BN bagi meraih undi. Kita sedar dan terima bahawa dengan pembangunan fizikal yang dilakukan oleh BN maka maruah dan hak kita tergadai. Kita tahu dan kita telah diberi kemudahan untuk membaca melalui internet dan bahan bahan lain tentang kecurangan BN dalam menangani isu hak dan kebebasan bersuara. Kita nampak beberapa Jabatan yang sepatutnya menjalankan keadilan turut mempolitikan keadaan. Kita tahu dan kita terima Jabatan Peguam Negara tidak memperdulikan isu keadilan secara menyeluruh kerana terlibat dalam kacah politik BN. Kita tahu tetapi adakah rakyat semua mengerti?

 

APAKAH PEMBAHARUAN YANG HENDAK DIADAKAN

 

Persoalan Gerak Reformasi yang hendak diadakan oleh parti pembangkang kekurangan satu perkara penting. Apakah arah reformasi itu? Apakah yang hendak diperbaharui? Apakah sistem pembaharuan yang hendak dilaksanakan memberi peluang kepada seluruh rakyat turut terlibat dalam menentukan keadilan?

 

Kita lihat semasa perjuangan menuntut reformasi yang diadakan Sdr Anwar Ibrahim jelas menerangkan bahawa Reformasi yang perlu diadakan adalah mengembalikan hak dan kuasa kepada rakyat. Mengadakan sistem ekonomi yang lebih rata dari segi penyebaran kemewahan. Mengugurkan pemimpin yang hanya mementingkan diri dan kroni mereka. Sdr Anwar turut memberitahu bahawa Reformasi dalam sosio ekonomi negara ini perlu dari segi pembinaan rumah kos rendah, dasar pendidikan dari segi peluang pembelajaran dan peluang pelajar turut serta dalam menentukan nasib bangsa dan negara. Sayang kesempatan untuk beliau menerangkan secara "direct" melalui ceramah ceramah umum terbantut dengan penahanan beliau. Walau apa pun usaha pembentukkan ADIL atau Pertubuhan Keadilan Sosial patut dihargai. Keadilan Sosial melibatkan keadilan keseluruhan baik dari segi ekonomi , politik dan sosial. Intergrasi ketiga tiga perkara inilah yang membentuk satu masyarakat dan masyarakat dan keadilan menyeluruh perlu jelas pada masyarakat tersebut. Keadilan Sosial dalam erti kata lain melibatkan keadilan menyeluruh tanpa membelakangi mana mana pihak dalam masyarakat tidak kira agama bangsa dan kebudayaan. Ini adalah cita cita , ini adalah matlamat dan ini adalah harapan masyarakat.

 

MELUKUT TEPIAN GANTANG

 

Jesteru itu kejayaan PAS hanya akan datang sekiranya jelas dan tentu matlamat pemerintahan yang akan dilaksanakan. Kita tidak mahu kelak PAS dan anggota pembangkang turut melaksanakan "extention" dari apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN. Kita mahu melihat PAS sebagai parti kolektif masyarakat melayu tidak kira pangkat dan darjat. Kita harus sedar kata kata Sdr Anwar Ibrahim semasa berucap di Masjid Negara. Kata beliau " Saya bersyukur kehardat Illahi kerana walaupun disepak dan dibuang dari kerajaan tetapi rakyat telah mengangkat beliau kembali" Rakyat yang dimaksudkan oleh Sdr Anwar Ibrahim bukan sahaja para akedemik, para cendiakawan agama, professional dan terpelajar tetapi kata beliau ia terdiri dari pelajar, nelayan,petani, pemandu bas dan teksi serta mereka yang dilabel sebagai golongan bawahan. Ini lah mereka yang telah menyahut dan melaungkan kehendak REFORMASI.

 

Maka golongan golongan ini perlu tahu samada kehadiran mereka bukan lah setakat datang untuk memangkah undi tetapi mereka mahu sama sama terasa kepentingan kehadiran mereka penting dalam masyarakat sekarang ini. Jangan lah kita angkuh dengan artikel artikel yang mengatakan bahawa golongan cendikiawan telah mula memasuki parti kami lalu mereka yang terlebel sebagai golongan bawahan terasa bagai melukut tepian gantang.

 

Kami melihat sewaktu hadir dibeberapa ceramah baik anjuran PAS ataupun PRM ramai antara mereka dibawah yang memberi semangat kepada penceramah terdiri dari mereka yang terlebel sebagai golongan bawahan dan pertengahan. Dalam kita melihat perkara tersebut kita perlu sedar bahawa kehadiran mereka penting dan kepentingan mereka perlu dan harus ada sampai bila bila kerana merekalah pembentuk kamu dan tanpa mereka tidak perlu kamu berceramah.

 

Jangan sampai mereka terasa bahawa mereka cuma melukut tepian gantang bila kerajaan baru terbit.

 

KEJAYAAN PERLU DIPEROLEHI

 

Kami yakin kejayaan yang dituntut akan berjaya diperolehi. Kejayaan yang dimaksudkan adalah perubahan pentadbiran negara, reformasi dalam sistem dan jentera kerajaan, serta kejayaan PAS dan Gerakan Reformasi dalam membentuk kerajaan. Jesteru itu kejayaan tersebut bukan sesuatu yang patut di banggakan secara menyeluruh tetapi kebanggaan adalah apabila rakyat, dari segenap lapisan masyarakat, tidak kira pangkat ,darjat dan tahap pendidikan di beri peluang membentuk kerajaan. Ini adalah kerana kerjaan itu hadir kerana mereka. Kalau kita hanya mampu mengadakan satu kerajaan yang tidak kurang beza dari kerajaan yang sedia ada maka itu bukan kejayaan. Itu juga satu penipuan kepada rakyat. Kami syorkan juga bahawa ADIL, SUARAM, JIM serta parti parti politik GERAKAN REFORMASI buak dan beri peluang kepada rakyat yang dilabelkan sebagai golongan bawahan diberi mandat tertentu dalam usaha membentuk satu masyarakat yang benar benar berwibawa. Mereka juga telah dan pernah melalui liku perjalanan hidup yang hebat dan kehebatan ini perlu diambil kira dalam membentuk pemimpin yang faham kehendak masyarakat. Memang setakat ini kekesalan wujud apabila mendengar ceramah kita lihat pengenalan yang hebat dengan pangat kedoktoran dan kejayaan ilmiah yang tinggi. Seolah mereka penentu dengan adanya kepakaran dalam bidang bidang tertentu. Harus diingat bahawa yang benar tetap benar biar kita menuntut di Universiti berlainan. Kedoktoran dalam bidang perubatan bukan penentu kejayaan dalam membentuk negara yang cukup serba serbi keadilan dan kesusilaanya.

 

Sekian

 

Komentar